Sekadar pandangan saya.
Setiap orang ada pandangan, mungkin berbeza-beza.
Apa yang saya nak nyatakan kat sini ada lah berkenaan telco maxis.
Kita semua tahu khasnya pengguna vpn, yang maxis dah pun meningkatkan tahap keselamatannya, semua port udp dah tak boleh digunakan lagi untuk laluan vpn.
Maka ada pembekal vpn tempatan yang dah gulung tikar dan ada yang mencari port lain.
Semua pembekal dan reseller vpn di Malaysia cuba mendapatkan pula port icmp untuk vpn meraka. Bukan sesuatu yang mudah.
Maxis ada kelebihan, mempunyai speed yang laju berbanding yang lain, jadi ramai yang memilih telco ini untuk digunakan bersama vpn. Tapi sekarang ni? Apa sudah jadi?
Kita semua diberi harapan baru iaitu port icmp. Persoalan yang timbul dalam kepala saya ini, berapa lama plak port ini akan bertahan dan berapa banyak pulak pembekal dan reseller vpn kat negara ini ada port ini pada vpn mereka.
Risiko tetap ada.
Pandangan saya, janganlah kita fokus pada satu2 telco sahaja. Mungkin masalah baru akan datang nanti dan jangan terlalu mengharap semua pembekal vpn membena port icmp pada vpn meraka.
Sekadar pandangan peribadi dan bukan untuk memburukan mana2 pihak.