TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
IMBAS KEMBALI... Rizal terlantar di hospital akibat kemalangan pada Oktober tahun lalu.
KEMALANGAN yang menimpa pelumba sensasi negara, Mohd. Rizal Tisin, Oktober tahun lalu hanya tinggal kenangan kerana kini dia semakin matang dan cukup fokus dalam misi menambah koleksi kejayaan dalam kariernya memburu sebutir pingat emas acara 200 meter kategori pecut pada Sukan SEA di Indonesia penghujung tahun ini.
Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2010 itu juga hangat diperkatakan sebagai salah seorang yang bakal menggalas cabaran memungut pingat emas buat negara di Sukan Olimpik London 2012 dan pastinya ia akan menjadi kayu pengukur buat anak jati Klang ini untuk membuktikan kemampuannya.
Sambil merendah diri, Rizal mengakui tanggungjawab yang diamanahkan adalah satu penghargaan yang cukup besar baginya, namun dia tidak mahu terlalu tertekan.
Malah ia menjadikan Rizal yang merangkul gangsa pada Kejohanan Dunia di Poland, Mac tahun lalu lebih bersemangat untuk mencari kejayaan dan menjulang nama negara.
“Bagi saya, ia amat membanggakan apabila kita diberi kepercayaan untuk menggalas tugas atas nama negara.
“Walaupun saya akui cabaran yang dibawa bukan sesuatu yang mudah tetapi ia menjadi pembakar semangat kepada saya untuk tampil dengan mutu persembahan yang lebih cemerlang.
“Bukan ganjaran, imbuhan atau nama yang mahu dicari tetapi kecekalan kita untuk bersaing seterusnya mengharumkan nama negara. Itu yang lebih penting dalam mengangkat nama negara,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Rizal yang kini sedang gigih berlatih dalam keadaan serba kekurangan bagi merealisasikan impiannya layak ke Sukan Olimpik London 2012 mahu mengembalikan prestasi yang terbaik.
“Persiapan latihan ketika di bulan Ramadan ini dengan mengadakan sesi latihan gimnasium di sebelah pagi, manakala latihan berkayuh dan memecut di trek dijalankan pada waktu malam.
“Mengenai buruan tiket ke London, saya tidak memikirkan sangat mengenai hal tersebut namun sekiranya layak (ke Sukan Olimpik 2012), ia merupakan bonus bagi saya dan negara,” jelasnya.
Rizal dilihat berada pada prestasi terbaik selepas meraih pingat emas dalam acara kegemarannya itu pada Kejuaraan Berbasikal Asia (ACC) 2011 di Korat, Thailand awal Januari lalu.
“Saya akan memberi kayuhan yang terbaik untuk semua acara yang disertai, malah saya perlu menggandakan usaha dalam usaha memburu kejayaan buat negara,” katanya.