BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RITA RUDAINI, ZAFUAN Putus Cinta??

NEMO

CG Super Hardcore Club
gemgemgem
Messages
109,177
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,177
Reaction score
1,046
Points
1,101
rita1uf7.jpg




genting

rita2is9.jpg


ANGIN bertiup kencang ke telinga Zubir, memberitahu cinta agung yang sekian lama terjalin antara aktres jelita, Rita Rudaini dengan bintang bola sepak remaja, Aidil Zafuan Abdul Razak, kini bagai telur di hujung tanduk, bila-bila masa saja boleh jatuh berderai, sekali gus membuktikan tiada lagi cinta antara mereka selepas menyembunyikan percintaan itu beberapa tahun lalu.

“Aku dapat tahu daripada anggota keluarga Zafuan sendiri, kononnya Rita dengan Zafuan dah tak ada apa-apa lagi sekarang ni. Khabarnya mereka baru saja berpisah. Sebabnya aku tak pasti, tapi mungkin ada campur tangan anggota keluarga. Sekarang ni Zafuan hanya sibuk dengan dunia bola sepaknya,” kata teman sekerja Zubir yang bertugas di Unit Sukan, Berita Harian.

Zubir beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbit Rita, tapi sehingga cerita ini ditulis, Rita gagal menjawab panggilan telefon. Begitu juga dengan kiriman SMS (Khidmat Pesanan Ringkas), beberapa kiriman SMS Zubir, sampai ke sudah tidak mendapat balasan daripada Rita. Zubir harap selepas membaca cerita ini, Rita boleh menghubungi Zubir untuk menceritakan perkara sebenar.

Mudah-mudahan apa yang Zubir dengar ini sekadar khabar angin, tapi bagaimana kalau ia benar-benar berlaku? Justeru, Zubir harap Rita tidak terus berdiam diri. Sesibuk manapun dengan dunia lakonan, luangkan sedikit masa melayan pertanyaan wartawan. Lihat saja artis popular lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Maya Karin (sekadar menyebut beberapa nama), mereka tidak pernah mengecewakan Zubir sekiranya Zubir inginkan kepastian.

Kepada Rita, jangan berkecil hati dengan teguran ini. Bagi Zubir, kerjasama dengan media amat penting untuk mengelakkan sebarang prasangka.
 
cilok kat forum mana nie nemo..:))
 
si rita ni body da x ori da....bru je wat sedut lemak kat peha tu...
 
disini aku memohon maaf kpd zafuan jika perpisahan ini melibatkan aku sbg org ketiga...


aku hanya berkawan jer ngan rita...ikhlas..

takde niat nak cilok awek ko tuh..

dah awek ko yg lebih2 ngan aku..aku pasrah..

harap maklom:">
 
ni kes yg ada manis2 pastu ada sepah2 tu ek ?
 
disini aku memohon maaf kpd zafuan jika perpisahan ini melibatkan aku sbg org ketiga...


aku hanya berkawan jer ngan rita...ikhlas..

takde niat nak cilok awek ko tuh..

dah awek ko yg lebih2 ngan aku..aku pasrah..

harap maklom:">

cis..ko rupenye punca keretakan jameq :(scam
:eek:
 
Ermm..sure dah ratah habis tu......
 
Back
Top
Log in Register