ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
LENGGONG - Penduduk kampung di beberapa kampung sekitar Lenggong risau kerana banyak kemalangan melibatkan lembu dan kerbau sering berlaku di kawasan tersebut.
Seorang penduduk, Azmi Mohammad, 41, haiwan itu sering berkeliaran di jalan raya sehingga mengakibatkan kemalangan teruk kepada pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam.
“Saya rasa haiwan-haiwan ini ada tuannya tetapi lembu dan kerbau ini tidak dijaga dengan baik serta sering dibiarkan berkeliaran tanpa pengawasan.
“Mereka perlu bertanggungjawab dan memastikan ternakan mereka tidak mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya,” katanya.
Azmi juga berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan dengan segera bagi menyelesaikan masalah ini kerana masalah tersebut sudah terlalu lama berlarutan.
“Kalau boleh, kenakan tindakan kepada penternak haiwan yang menyebabkan kemalangan supaya perkara ini tidak terus berlaku. Tapi, bila jadi saja kemalangan, tiada siapa pun yang berani mengaku haiwan yang dilanggar itu milik mereka,” katanya.
Tambah Azmi, sudah banyak kemalangan membabitkan haiwan ternakan berlaku di situ dan terbaru, seorang remaja berusia 16 tahun cedera parah di kepala setelah merempuh sekawan lembu.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa dalam perjalanan ke Kampung Luat dikejarkan ke Hospital Taiping akibat pendarahan di kepala.