BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rintihan Amy Search

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KUALA LUMPUR: “Saya faham masalah mereka dan akan mencari jalan menyelesaikannya,” kata penyanyi rock ternama tanah air, Amy Search berhubung sebuah syarikat logistik bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana didakwa gagal membayar kos perkhidmatan pengangkutan bagi menjayakan Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru, tahun lalu.

Sambil menganggap beberapa kejadian menimpanya sejak dua tahun lalu sebagai ujian Tuhan, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman berkata, hasrat Wanaf Logistics (M) Sdn Bhd (Wanaf) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya cukup mengejutkannya selepas baru menyambut hari kelahiran ke-52, Rabu lalu.

“Bagi saya ini permulaan hidup ke-52 yang sedih tetapi saya berharap dalam kedukaan itu ada kebahagiaan dan dalam kesedihan ada kegembiraan,” katanya yang ditemui di kediamannya di Damansara di sini.


Menjelas lanjut masalah dibangkitkan itu, Amy berkata, dia memberi sepenuh kepercayaan kepada seorang rakan untuk menguruskan konsert itu namun tanpa disedarinya, sejak permulaan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, situasi kewangan mereka dianggap umpama kapal hendak tenggelam kerana kos yang keterlaluan.


“Saya hanya difahamkan Wanaf mahu menaja berdasarkan makluman rakan saya itu, kalau saya tahu perlu dibayar sudah tentu saya tidak bersetuju. Selalunya pihak yang menyediakan sistem bunyi ada pengangkutan sendiri jadi kenapa hendak melantik pihak lain menguruskannya,” katanya.


Menurutnya, keadaannya ketika itu juga penuh dengan tekanan terutama membabitkan isu kes tipu pelaburan yang dalam siasatan pihak berkuasa menyebabkan semua urusan diserahkan bulat-bulat kepada rakannya itu.


“Saya tidak sedar kos pelekat promosi konsert di lima treler itu mencecah RM30,000, kemudian ada kos tidak diperlukan seperti mencetak baju-T untuk pengawal keselamatan dan mencetak beg cenderahati sehingga permulaan konsert menelan belanja RM490,000,” katanya.


Menurutnya, dia cukup kecewa kerana kegagalan rakannya menguruskan dengan baik perjalanan konsert malah meninggalkannya selepas konsert di Terengganu.


“Saya rasa semak dan buntu, buat masa sekarang saya tiada tawaran menyanyi, jadi bagaimana saya mahu menjelaskan bayaran tertunggak tetapi saya akan berusaha mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin.


“Peguam saya akan menghubungi Wanaf untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya yang menambah dia terpaksa mendiamkan diri sebelum ini kerana tertekan dengan pelbagai masalah.


Amy berkata, dia perlu membuat penjelasan bagi mengelak sebarang andaian pihak luar yang tidak memahami perkara sebenar.


“Mungkin ini dugaan Tuhan kepada saya tetapi dalam industri hiburan ini memang ada pihak yang tidak ikhlas dan mengambil kesempatan dan saya berharap masalah ini boleh diselesaikan,” katanya.


Dia berkata, sejak dua tahun lalu, pelbagai masalah menimpanya membabitkan pelaburan dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) sehingga mengalami kerugian yang amat besar.


“Selepas ini saya serik dan tidak mahu terbabit lagi dalam sistem pelaburan seperti itu kerana sentiasa terperangkap dan mengalami kerugian.


“Selepas ini saya tidak mahu komen apa-apa lagi mengenai perkara ini kerana saya berharap pada usia 52 tahun ini, hidup saya lebih baik walaupun permulaan agak pahit. Ini semua dugaan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan,” katanya. Harian Metro kelmarin melaporkan Pengarah Urusan Wanaf, Wan Ahmad Fazlisyah Wan Mohamad memberitahu pihaknya bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi rock itu kerana pembayaran masih belum dibuat selepas hampir setahun konsert itu berakhir.
 
dulu masa Lamp Berger tgh femes.....
aku penah tgk mamat nie kat ofis LB sana....
mmg dia nie minat masuk skim yg cenggini kot...
:">:">:">
 
saper rkan baik amy tu? kos promosi kt treler tu ok la rm30k, tp kos x diperlukn rm490k... perghhhhh... dlm beg cenderahati ade seutas gelang emas kot.. + jamuan besar2 an..
ye la..konsert kt awan kn...
 
woww.....t shirt dgn gift sampai 490K???

ni mesti kawan dia komplot gak ni, mark up gila2
 
konsert di AWAN tu yang makan belanja besar sangat tu.kalau di bumi kurang ckit.tgk berapa malaysia hbis anto angkasawan ke angkasa...
 
tp brpkn byrn yg amy dpt dr 'ada x ade segalanyer'?
 
ini kot balasannya..ingat lagi suatu masa dulu dalam tahun 2007, kilang member ni nak panggil dia nyanyi, mula2 dia setuju ngan bayaran yang ditawarkan, bila dah confirm nak panggil dia, dia leh tempelak balik kat member tu..dia kata dia raja rock, tak pandang bayaran ciput2 ni sedangkan bayaran yg ditawarkan dah dipersetujui dan rasanya bukan murah lah juga..
 
erm...amy2..
aku rs duit dier menang kes 2 juta tu myb tak berkat kot...
tu yang kner kes2 yg cam nih...
rs aku jerk la...
 
Back
Top
Log in Register