balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meneruskan momentum menaik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dengan minat belian diperbaharui, kata peniaga.
Mereka berkata yang pasaran diramal menyaksikan perkembangan yang lebih baik berhubung krisis hutang Eropah dan ini akan menyaksikan permintaan untuk mata wang dolar sebagai mata wang yang selamat akan berkurangan.
Berita mengenai projek-projek tempatan, data gaji bukan-perladangan AS yang lebih baik, jangkaan rangsangan mudah tunai Eropah dan keyakinan yang kian meningkat Greece akan mengelak keculasan membayar hutang akan memberikan sokongan kepada unit tempatan, kata mereka.
Seorang peniaga berkata dari segi teknikal, ringgit akan bergerak antara 2.9950 dan 3.0200.
Minggu ini, unit tempatan menyaksikan urus niaga yang sempit.
Ia bermula rendah ekoran kebimbangan diperbaharui mengenai situasi ekonomi Eropah dan selepas China menyemak ke bawah unjuran ekonominya untuk tahun 2012 yang sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.
Pada Khamis lalu, ringgit melantun baik kerana permintaan yang kian meningkat untuk mata wang baru muncul, disokong oleh keyakinan mengenai langkah menyelamatkan Greek dan laporan kerja sektor swasta AS yang menggalakkan.
Berdasarkan perbandingan Jumaat-Jumaat, ringgit lega berbanding dolar AS pada 3.0060/0090 berbanding dengan 3.0030/0060 tetapi mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.3964/4007 daripada 2.4007/4036.
Unit tempatan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.6757/6821 daripada 3.6815/6865 dan mengukuh berbanding pound Britain pada 4.7483/7539 daripada 4.7772/7828.
Ringgit turut meningkat berbanding euro kepada 3.9724/9767 daripada 3.9781/9826. - BERNAMA
sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ringgitteruskanmomentummenaik/Article/index_html