TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,872
- Points
- 1,831
Nilai ringgit dijangka semakin menyusut kepada RM3.65 berbanding satu dolar Amerika pada suku kedua tahun ini.
Ketua Penyelidik Makro Asia Tenggara Standard Chartered, Edward Lee berkata, ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar Amerika menjelang akhir tahun ini.
“Kami melihat pada trajektori di mana ringgit akan mencecah RM3.65 pada suku kedua 2015 sebelum ia kembali mengukuh kepada RM3.55 menjelang hujung tahun ini," katanya.
Tambah Lee, keseimbangan jumlah dagangan Malaysia perlu diberi perhatian apabila sentimen pasaran semakin lemah dan diburukkan lagi dengan penyusutan berterusan ringgit.
Namun katanya, asas ekonomi Malaysia masih kekal kukuh biarpun terdapat kebimbangan terhadap impak harga minyak yang rendah.--MalaysiaGazette
http://malaysiagazette.com/ms/nasional/ringgit-mungkin-cecah-rm365