BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ringgit Kembali Stabil

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUALA LUMPUR: Pengumuman penarafan terbaharu oleh agensi antarabangsa, Fitch Ratings yang menyemak naik unjuran Malaysia kepada stabil, terbukti menyuntik kelegaan kepada pasaran tempatan, sekaligus melenyapkan kebimbangan sebelum ini.

Ringgit dibuka lebih kukuh apabila menokok 385 mata asas atau 0.97 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, dipacu peningkatan permintaan terhadap unit tempatan yang menyusuli pengumuman Fitch berkenaan.

Pada 5 petang, ringgit kekal kukuh pada 3.7480/7530 berbanding dolar AS daripada 3.7740/7770 yang dicatatkan pada 5 petang, Rabu.

Di pasaran ekuiti, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 21.32 mata atau 1.25 peratus kepada 1,727.96 sewaktu ditutup hari ini selepas pasaran memberi reaksi positif terhadap penarafan terbaharu Fitch itu.

Mengulas perkembangan ini, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menyifatkan berita baik ini seharusnya memberi sedikit kelegaan kepada ketidaktentuan pasaran mengenai kemungkinan Fitch menyemak turun unjurannya terhadap Malaysia.

"Kita gembira dengan penarafan Fitch terhadap akaun semasa Malaysia ketika ini yang dikaitkan dengan peningkatan dalam aktiviti pelaburan.

"Ini akan mengukuhkan profil penarafan itu kerana kerajaan dijangka meningkatkan perbelanjaan bagi projek infrastruktur seperti disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11)," katanya kepada Bernama, hari ini.

Menerusi penarafan terbaharunya hari ini, Fitch mengesahkan penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada 'A-' selain menyemak semula unjuran Malaysia kepada stabil daripada negatif.

Menurut agensi penarafan itu, ia menilai kemajuan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta langkah penyelarasan subsidi bahan api sebagai menyokong kewangan fiskal.

Defisit itu juga diunjurkan terus mengecil tahun ini walaupun harga minyak rendah.

Ia juga menyifatkan kedudukan pasaran modal tempatan sebagai turut menyokong keperluan pembiayaan domestik negara.
 
Last edited:
Kenapa tukaran bath rm lagi jatuh?

Isnin 8.89

Khamis dah jadi 8.88

Apa yg stabil atau amik masa untuk stabil?
 
Menteri2 Malaysia semuanya ok.

Mentaliti macam ini yg bakal melingkupkan negara.

Mentaliti sentiasa berpuas hati. Dalam bola pun sama.
 
Tak boleh rasa selamat lagi nie....masih paras 3.7xxx

kalo 3.6xxx boleh la lagi tapi baper bulan/tahun tu nk dapat huhu
 
rakyat tanak stabil semata mata tapi nk improvement yg ketara.
 
Kenapa tukaran bath rm lagi jatuh?

Isnin 8.89

Khamis dah jadi 8.88

Apa yg stabil atau amik masa untuk stabil?

Yg dia ckp ni real time.Yg tukar kat money changer tu bkn real time.

Mmg ambik masa skit nak ada perubahan.Sama ada menaik atau menurun.

Biasa yg kat money changer ni dia tgk trend.Dan RM ni masih lagi dlm trend menurun.Baru just start nak stabil ja.

Sbb money changer ni mcm org meniaga biasa jugak.Cuma produk yg dia niagakan adalah duit.

Jadi dia ambik stok duit pada kadar sekian2.Mesti la ambik masa gak nak habiskan stok tu.So,tu yg kadar exchange lambat skit bergerak.

Kalau pergi kat money changer yg inventori turnover dia agak pantas,maknanya byk la tukaran yg berlaku kat tempat dia tu,

rasanya cepat skit kot rate yg dia bagi tu reflect latest rate.

Sbb tu kalau Bhat-RM punya tukaran ni,kat Thailand rasanya lebih kompetitif berbanding dengan Malaysia.

Sbb diaorg punya Bhat-RM exchange market lagi liquid dari kita.
 
Kenapa tukaran bath rm lagi jatuh?

Isnin 8.89

Khamis dah jadi 8.88

Apa yg stabil atau amik masa untuk stabil?

Kalau ni, bukan duit kita lagi besar ke?
Rm8.89 = 100 bath.
Kalau pergi shoppping kat siam best la ni..

X gitu ke?
 
Stabil tapi minyak naik dan laksana gst. Poodahhh
 
Yg dia ckp ni real time.Yg tukar kat money changer tu bkn real time.

Mmg ambik masa skit nak ada perubahan.Sama ada menaik atau menurun.

Biasa yg kat money changer ni dia tgk trend.Dan RM ni masih lagi dlm trend menurun.Baru just start nak stabil ja.

Sbb money changer ni mcm org meniaga biasa jugak.Cuma produk yg dia niagakan adalah duit.

Jadi dia ambik stok duit pada kadar sekian2.Mesti la ambik masa gak nak habiskan stok tu.So,tu yg kadar exchange lambat skit bergerak.

Kalau pergi kat money changer yg inventori turnover dia agak pantas,maknanya byk la tukaran yg berlaku kat tempat dia tu,

rasanya cepat skit kot rate yg dia bagi tu reflect latest rate.

Sbb tu kalau Bhat-RM punya tukaran ni,kat Thailand rasanya lebih kompetitif berbanding dengan Malaysia.

Sbb diaorg punya Bhat-RM exchange market lagi liquid dari kita.

Thanks atas pencerahan

Next week aku pergi lagi nanti tgk plak rate dia berapa
 
Back
Top
Log in Register