BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ringgit cecah RM3.91

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
6 Ogos

Ringgit cecah RM3.91

Matawang ringgit jatuh melebihi paras sokongan 3.90 berbanding satu dolar Amerika hari ini dan dalam masa yang sama pasaran ekuiti turut merosot dengan FBM KLCI jatuh melebihi 30 mata.

Pada jam 5 petang tadi, matawang tempatan itu jatuh kepada 3.9125 kepada dolar Amerika. Ini merupakan kadar ringgit paling lemah sejak 2 September 1998, sehari sebelum kerajaan membuat keputusan untuk menambat matawang negara pada 3.80.

Tambatan kemudiannya dihapuskan pada 2005 dan ringgit kemudiannya didagangkan bebas tetapi terurus sejak itu. Indeks komposit jatuh 3.92 mata atau 1.79 peratus kepada 1,694.64 dengan 1.65 bilion saham bernilai RM2.02 bilion bertukar tangan.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 686 berbanding 187 manakala *** kaunter didagangkan tidak berubah.-MalaysiaGazette


http://malaysiagazette.com/ms/ekonomi/ringgit-cecah-rm391
ringgitan.transformed.jpg


KUALA LUMPUR: Ringgit turun 0.7 peratus hari ini berbanding dolar AS berikutan permintaan lemah terhadap unit tempatan itu susulan data pembuatan yang kurang memberangsangkan dan harga minyak rendah.

Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.8510/8550 berbanding dolar Amerika daripada 3.8230/8260 pada Jumaat lalu.

Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Nikkei Malaysia (PMI) yang hanya naik sedikit kepada 47.7 pada Julai daripada 47.6 pada Jun, menunjukkan keadaan operasi pengeluar Malaysia yang semakin teruk.

Bagi harga minyak rendah, peniaga itu berkata, harga mentah West Texas Intermediate menghampiri paras rendah dalam tempoh tiga bulan pada AS$46.69 setong ekoran kebimbangan akan lebihan penawaran.

"Bagaimanapun, eksport Malaysia meningkat bagi enam bulan berturut-turut pada Julai apabila pengeluar memperoleh pelanggan asing baharu dengan pelancaran produk baharu yang membawa kepada permintaan tinggi daripada antarabangsa," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2.7958/7990 daripada 2.7775/7799 pada minggu lalu dan susut berbanding yen kepada 3.1014/1049 daripada 3.0771/0800 pada Jumaat minggu lalu.

Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.2238/2297 daripada 4.1816/1860 pada minggu lepas dan susut berbanding pound sterling kepada 6.0156/0231 daripada 5.9509/9563 pada Jumaat minggu lalu. - BERNAMA


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72111
 
Last edited:
adeh.....pokjib tak nak tambat ke RM vs USD ni? :((:((:((
 
Sudah lebih level ahmadmaslan ni...
 
ringgt jatuh,pentadbiran negara mcm filem tamil,memang kena dngn rakyatnya yang kaki pop-corn..sikit masa lg malysia menjadi pengeluar tenaga buruh2 untk bekerja di negara2 arab..
 
Last edited:
Rilex.... belum sampai RM5.00 = 1 USD

:(scam:mad:
 
Back
Top
Log in Register