BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ringgit berprestasi terbaik?

forexdragon

Active Member
Messages
1,888
Joined
May 5, 2023
Messages
1,888
Reaction score
516
Points
71
Berita BERNAMA semalam dakwa Ringgit adalah mata wang berprestasi terbaik Asia bagi tempoh 26 Februari hingga 17 Julai.

Saya malas nak bandingkan dengan matawang-matawang lain bagi tempoh yang sangat spesifik diberi Bernama itu, tapi:

1. RInggit masih lemah pada USD1=RM4.68 hari ini berbanding RM4.59 pada permulaan tahun iaitu pada 1 Jan 2024.

2. Ringgit juga lemah berbanding USD1=RM4.55 setahun dahulu pada 23 Julai 2023

3. Ringgit jauh lebih lemah berbanding paras USD1=RM3.86 masa Najib pada bulan sebulan PRU14.

4. Jika kerajaan mahu ambil kredit bahawa prestasi Ringgit adalah paling baik di Asia bagi tempoh spesifik itu maka kerajaan juga perlu disalahkan sebab Ringgit merupakan mata wang kedua paling teruk asia bagi keseluruhan tahun 2023.

Yang paling pelik ialah Menteri Ekonomi pernah kata Ringgit lemah bukan salah kerajaan manakala PMX kata Ringgit lemah bukan sebab dia.

Tapi bila Ringgit kuat sedikit sahaja, kita kena puji kerajaan dan PMX pula?

5ed9dcf5-f343-4629-8fee-8c1bc6cc48bb.jpeg
 
Zaman 1 USD = RM 4.68 berprestasi terbaik.
Zaman 1 USD = RM 3.7 ringgit tercorot?

# giladahnie

image.jpg

 
Dulu2 bila ringgit jatuh bukan salah saya.
Tapi bila ringgit naik 2-3 sen pun dialah terpaling laju ambik kredit.
:ROFLMAO:

452380907_460574656895763_688534322502409219_n.jpg
 
Teka teki…

Bila Ringgit lemah, dia suruh Gabenor BNM jawab.

Bila naikkan harga diesel 55%, dia suruh Menteri Kewangan II umum.

Bila daya saing negara turun teruk, dia suruh Zafrul jawab.

Bila harga telur turun 3 sen, dia yang umum.
 
Back
Top
Log in Register