BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ribut 'serang' Kuala Terengganu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
ne_09.1.jpg

BEBERAPA orang pekerja memotong dahan pokok yang menimpa sebuah kenderaan di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Beratus-ratus rumah di sekitar Kuala Terengganu di sini rosak teruk akibat dipukul ribut dan angin kencang dalam kejadian malam kelmarin.

Turut terjejas adalah kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyebabkan lebih 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan Piala Malaysia bertempiaran lari.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu menyebabkan bumbung-bumbung rumah rosak teruk sementara lebih sepuluh kereta milik penonton yang diletakkan di luar stadium rosak dihempap pokok.

Selain itu, puluhan papan iklan turut diterbangkan angin manakala beberapa keping zink di kawasan stadium tercabut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang turut berada di stadium berkenaan ketika kejadian berkata, bencana ribut itu berlaku mungkin disebabkan perubahan cuaca.

Bagaimanapun kata beliau, laporan awal mengesahkan beratus-ratus rumah telah rosak selain beberapa pokok besar di tengah bandar tumbang.

“Kita belum mendapat angka sebenar rumah yang terjejas tetapi antara tempat yang teruk dilanda bencana ini ialah di Seberang Takir dan beberapa kampung sekitar Kuala Terengganu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mengenai kejadian di stadium, beliau menjelaskan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan setakat ini dan semua kerosakan akan dibaik pulih dengan segera.

Sementara itu, seorang penonton, Nurul Huda Hussain, 26, berkata, ribut dan angin kencang itu berlaku ketika perlawanan bola sepak baru memasuki minit kesepuluh.
 
aku tgk bedeo kat FB kencang juge angin die......
 
ada tak link video..

Kg Pak Tijah, Jalan Tok Jembal kene tempias tak (area padang golf)??????
 
ni kali ke-3 angin kuat dalam masa 3 bulan ni...

beri peringatan..
 
peringatan untuk manusia... tak boleh nak gi bercuti kat sanalah buat masa ni.
 
akhirnya n9 vs terengganu seri.tapi ada tengok kejap time live tv1,angin mmg kuat giler..
 
mungkin tempias dari taufan yang melanda Filipina semalam kot ..


apa2 pon .. alhamdullillah .. tak dak nyawa yang terkorban ..


:)
 
Back
Top
Log in Register