BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ribuan serbu Apple murah tapi berputih mata

Pay-Bux

Active+ Member
Messages
3,542
Joined
Jan 18, 2012
Messages
3,542
Reaction score
248
Points
33
Jualan Gudang Switch KECOH ! iPhone 5s Serendah RM200 !!!



Kecoh ! Promosi Switch Warehouse Clearance Sales @ MYTOWN Shooping Mall KL diserbu orang ramai !

Promosi bermula 2-4 March 2018 dari jam 10.00 am - 10.00 pm..


Antara barangan yang murah seperti :

Apple Tv - RM100
iPad 4 Wi-Fi 16GB - RM200
iPhone 5s 16GB Silver - RM200
iPod Nano 16GB - RM100
iPod shuffle 2GB - RM30
MacBook Air 11-inch 64GB - RM500
iPod Touch 32GB - RM150

Dan banyak lagi...

edit1.jpg


Warehouse-Clearance-MT-09-1.jpg


Warehouse-Clearance-MT-10-1.jpg








 
Last edited:
attachment.php




Peminat barangan elektronik jenama Apple berputih mata apabila penganjur jualan gudang membatalkan perniagaan mereka hari ini.

Ia susulan kehadiran ribuan pelanggan yang mula beratur sejak jam 2 pagi di pusat beli-belah Mytown, Cheras walaupun kedai itu beroperasi pada jam 10.00 pagi.

attachment.php


Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, pelanggan itu dilihat beratur panjang sejauh 850 meter sehingga ke bahu jalan hanya bagi mendapatkan barangan elektronik itu.

Malah ada pelanggan yang berang kerana penganjur dikatakan beberapa kali menukar tempat barisan pelanggan.

Susulan daripada itu, penganjur jualan gudang itu, Swith terpaksa membatalkan acara berkenaan atas sebab keselamatan.

“Disebabkan faktor keselamatan, kami kesal dan ingin memaklumkan bahawa Switch dan Mytown Management memutuskan untuk menghentikan operasi Switch pada hari ini.

“Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Jaga keselamatan dan keluar dengan cara yang teratur,” kata Switch dalam kenyataannya pada hari ini.

Jualan gudang yang bermula hari ini sehingga Ahad di Pusat membeli belah MyTown itu menjual barang pameran (demo item) kepada pengunjung dengan harga yang jauh lebih murah.

Jualan gudang itu antaranya menawarkan telefon bimbit Apple model 6s dengan simpanan data 16 gigabait dengan harga RM600 berbanding harga asalnya RM2,249.

Apple TV pula harga yang ditawarkan hanya RM100 berbanding harga asalnya RM849.

Berdasarkan senarai, jumlah barang ditawarkan terhad antara satu hingga 18 produk sahaja bagi setiap produk.

Bagaimanapun pelanggan hanya dibenarkan membeli dua barangan sahaja daripada jualan gudang itu memandangkan kuantitinya sangat terhad.

Sementara itu mengikut semakan Malaysiakini di Facebook Switch, rata-rata netizen melahirkan rasa tidak puas hati mereka berhubung insiden berkenaan.

"Penganjur yang teruk, ada yang tidak mahu beratur, buang masa saya yang beratur sejak jam 4 pagi," kata Eugene Kok.

attachment.php

Gambar memaparkan pengunjung beratur dalam barisan yang panjang, bermula di hadapan kedai berkenaan sehinggalah sepanjang jalan di luar MyTown, menyebabkan kesesakan di kawasan sekitar.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/414108#MKfu3mUuiFJMgriO.99

Gambar kredit to : Malaysian Digest



Update #3



Update #2

http://www.youtube.com/watch?v=nVAFRE6d53U

Kecoh ! Promosi Switch Warehouse Clearance Sales @ MYTOWN Shooping Mall KL diserbu orang ramai !

Promosi bermula 2-4 March 2018 dari jam 10.00 am - 10.00 pm..


Antara barangan yang murah seperti :

Apple Tv - RM100
iPad 4 Wi-Fi 16GB - RM200
iPhone 5s 16GB Silver - RM200
iPod Nano 16GB - RM100
iPod shuffle 2GB - RM30
MacBook Air 11-inch 64GB - RM500
iPod Touch 32GB - RM150

Dan banyak lagi...
 

Attachments

Last edited:
hahhahha.....totok apple la ni...majoriti mcm melayu je
 


Kecoh ! Promosi Switch Warehouse Clearance Sales @ MYTOWN Shooping Mall KL diserbu orang ramai !

Promosi bermula 2-4 March 2018 dari jam 10.00 am - 10.00 pm..


Antara barangan yang murah seperti :

Apple Tv - RM100
iPad 4 Wi-Fi 16GB - RM200
iPhone 5s 16GB Silver - RM200
iPod Nano 16GB - RM100
iPod shuffle 2GB - RM30
MacBook Air 11-inch 64GB - RM500
iPod Touch 32GB - RM150

Dan banyak lagi...
 
patutlaa viral.. harga tak agak2.. kena2 ada sebiji jaa paa..
 
saya baca barang cuma 170 unit

tapi yang datangnya beribu

dan still tak soldout lagi,dorang dah stop

tak tau macam mana dorang nak clearkan lebihan tu
 
Yang datang semua berbagai tujuan.

1. nak pakai sendiri
2. runner hp
3. tokey kedai
4. saja nak gesek2 sebab ramai orang

wakakakaka
 
Back
Top
Log in Register