ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
RHB
RHB Islamic Bank Bhd, unit milik penuh RHB Capital Bhd memperoleh kelulusan dan pengesahan Suruhanjaya Sekuriti untuk menerbitkan program sukuk murabahah subordinat.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, RHB Capital berkata program untuk menerbitkan sehingga RM1 bilion sukuk subordinat, turut memperoleh kelulusan daripada Bank Negara Malaysia.
"keuntungan yang dikumpul menerusi program sukuk itu akan digunakan untuk modal kerja dan tujuan umum perbankan RHB Islamic, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembayaran semula kemudahan pembiayaan, dan sukuk subordinat ini adalah untuk tujuan yang berlandaskan Syariah," katanya. - Bernama