BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rezeki lumayan buluh lemang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Saad menunjukkan sebahagian daripada 19,000 batang buluh yang berjaya dikumpulkan bersama .
LABIS - Kedatangan Aidilfitri memang dinantikan penduduk Kampung Ulu Juaseh, di sini, kerana membuka peluang kepada mereka meraih pendapatan lumayan hasil menjual buluh lemang kepada peraih.

Pencari buluh lemang, Saad Mohamad, 49, berkata, dia mengakui mampu memperoleh pendapatan mencecah RM5,000 dalam tempoh 10 hari hasil kerja mencari buluh lemang di hutan berhampiran setiap kali tiba bulan Ramadan dan Syawal.

“Saya sudah lima tahun cari buluh lemang dan tahun ini saya terima tempahan 19,000 batang buluh dari seorang peraih dan harga bagi setiap batang 70 sen kerana peraih tersebut membuat tempahan dalam jumlah banyak.

“Tetapi bagi mereka yang hanya membeli dalam jumlah sikit, harganya RM1 bagi setiap batang," katanya.

Katanya, jika menerima banyak tempahan, dia mengajak dua atau tiga rakan bersama kerana bimbang tidak mampu menyediakan jumlah ditempah dalam tempoh diberikan, selain untuk membantunya melakukan kerja-kerja seperti memotong ruas buluh.

Dia berkata, setiap tahun dia menerima tempahan mengambil buluh lemang kira-kira 20,000 batang dan selalunya akan memasuki hutan secara berkumpulan seramai tiga hingga empat orang bermula 8 pagi hingga 5 petang.

“Biasanya saya dan rakan-rakan lain hanya mengambil masa kira-kira tujuh hingga 10 hari sahaja untuk mengumpul 20,000 batang buluh lemang sebelum menghubungi peraih dari Johor Bahru untuk mengambil buluh yang sudah siap dikumpulkan di rumah saya.

“Hasil jualan kemudian diagih-agih kepada rakan mengikut jumlah buluh yang diperoleh mereka. Bagi saya, kedatangan Ramadan dan Syawal ini sebagai rahmat kerana mampu memberi saya pendapatan tambahan,” katanya.

Bagi anak lelakinya, Nizam Saad, 18, peluang mencari buluh lemang adalah kesempatan terbaik kepadanya mendapatkan jumlah wang lebih dalam tempoh singkat bagi membantu keluarganya.

“Sebelum ini saya hanya membantu ayah mencari buluh di hutan. Tetapi tahun ini saya cuba mencari sendiri dan bercadang memberi sebahagian pendapatan diperoleh kepada keluarga bagi membantu membuat persiapan hari raya.

“Selebihnya, saya akan gunakan untuk membeli barangan keperluan sendiri dan berharap menerima tempahan lebih banyak daripada penduduk kampung sekitar dalam tempoh beberapa hari lagi bagi menambah pendapatan,” katanya.

Bagi Hadi Mansur, 26, berkata, tidak semua penduduk kampung berminat mencari buluh lemang di hutan kerana kerja tersebut tidak semudah disangka kerana terpaksa berdepan pelbagai bahaya seperti ancaman haiwan berbisa.

Menurutnya, cabaran lain adalah kesukaran menumbangkan buluh yang ditebang kerana bahagian pucuk buluh spesies 'buluh akar’ yang diambil selalunya berkait pada pokok lain dan terpaksa menggunakan sabit untuk memotong pucuknya sebelum boleh ditumbangkan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/rezeki-lumayan-buluh-lemang-1.410855
 
pergh.. jual buluh pon msyuk jgk dr mniaga d bazar
 
kg ak rm2 sebatang. klo 19k dh rm38k. pg mekah balik hari
 
baru ni aku cari buluh ..hajatnya nak amik 1 lori ..last2 dapat 2 hilux je..boleh la wat belanja raya
 
Jangan nampak $$$ saje,,, cuba try cari , baru tau nak dapat 20k batang camne rasanya.. hehehe
 
mana yang tak biasa buat kerja-kerja ni memang mancabar...puasa plak tu
 
Bg org tk pernah nmpk mcm senang..
Tp sila try kalau nk tau berair ke tak punggong
 
Back
Top
Log in Register