BTC USD 81,885.3 Gold USD 4,157.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

rezeki datang dari Allah bukan dari manusia

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
Rezeki datang dari Allah Yang Maha Pemurah.Allah lah punca segala rezeki.Tiada siapa yang boleh memberi rezeki kecuali Allah.Tiada siapa pula boleh mencapai rezeki kecuali atas izin-Nya.Jika Allah telah mengizinkan seseorang mendapat rezeki,maka rezeki itu akan datang kepadanya walau cuba ditahan oleh seluruh penduduk alam semesta.Jika Allah tidak mengizinkan seseorang itu mendapat rezeki,maka tiadalah rezeki baginya walau seluruh malaikat,jin,syaitan dan manusia berserta seluruh alien (jika ada) cuba untuk menyampaikan rezeki itu ke mulut orang itu.
 
rezeki bekalan untuk hidup didunia sahaja

Rezeki adalah asbab untuk manusia hidup dengan baik dan selesa di dunia ini.Tafsiran rezeki yang asas ialah makan minum.Selebihnya ialah pakaian,tempat tinggal dan anak isteri serta apa yang mampu dinikmati oleh diri kita.Jika ditafsir lagi dengan lebih lagi berdasarkan gaya hidup kini,adalah peti sejuk,komputer,penghawa dingin,motorsikal,kereta dan lain-lain.

Ini juga rezeki dari Allah.Jika anda tinggal di bandar,kereta hampir menjadi keperluan anda berbanding dengan Pak Ngah di kampung.Tanpa kereta,anda mungkin terpaksa bersesak dan menghirup bau penghawa dingin di dalam LRT.Jika tempat kerja anda jauh dari laluan LRT atau pengangkutan awam lain,anda terpaksa membeli kenderaan sendiri,sekurang-kurangnya motorsikal.

Anak-anak juga rezeki dari Allah.Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh Allah.Sebab itu setiap anak yang dilahirkan ada rezekinya dan ibu bapanya sama-sama ‘menumpang’ rezekinya juga.Tetapi hari ini ada orang yang buang anak.Maknanya dia juga telah buang rezeki yang dikurniakan oleh Allah bersama-sama rezeki yang mengikuti anak tersebut.Entah-entah bayi merah yang dibuang di lubang tandas,tong sampah,surau dan sebagainya itu adalah bakal peguam,jurutera,pensyarah,ahli perniagaan,ulama atau perdana menteri.Siapa tahu?
 
lain orang lain rezekinya

Setiap orang berlainan tahap rezekinya..Seorang pekerja tol mampu menikmati nasi kandar ayam madu manakala seorang ahli politik hanya mampu memakan nasi kosong berlaukkan dua biji telur dan sedikit kuah.Ada orang yang hanya mampu memandu Proton Saga BLM manakala ada orang memandu Maserati Merak SS.

Ada orang yang mendapat awek secantik Diana Danielle manakala ada yang mendapat gadis secomel Enot.Seorang yang miskin,yang hanya mampu menyediakan lauk siput **** kepada anak-anaknya mampu melahirkan 10 orang anak sebaliknya seorang peguam yang berjaya hanya mampu memiliki dua orang anak.Robert Kuok dikurniakan harta RM42.7 bilion manakala Syed Mokhtar AlBukhary hanya mampu berpuashati dengan aset bernilai RM6.01 bilion.

Seorang mat rempit yang berkerja sebagai ‘despatch’ di bandaraya hanya memiliki aset sebanyak RM42.7 dan digelar ‘Nan Sempit’ manakala rakannya di kampung yang menternak kambing berjaya menjana pendapatan sebanyak RM6.01 ribu setiap bulan.Seorang pelajar universiti hanya mampu makan megi kari sahaja di hujung bulan manakala seorang pekerja restoran McDonalds mampu memakan burger Prosperity dan nugget udang berperisa BBQ walau tanpa wang pun di poketnya!
 
Nilai rezeki yang berbeza antara satu sama lain bukan menunjukkan tahap iman seseorang.Adakah seorang kaya berharta lebih disayangi oleh Tuhan berbanding seorang fakir miskin?Ariel Sharon,pembunuh dan penjahat yang kejam lebih baik kehidupan materialnya dari seorang Palestin yang syahid dengan wajah tersenyum-senyum.Namun,adakah dia berhak mencium syurga Allah selepas menyapu wajahnya dengan darah kanak-kanak Palestin?

Adakah seorang ahli korporat berasa lebih baik amalnya berbanding seorang ustaz sekolah pondok?

Tidak sama sekali.Jumlah harta atau rezeki yang diberi oleh Allah bukan menunjukkan iman dan amalnya.Rezeki adalah urusan Allah.Tiada siapa yang boleh mengajar Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya.Tiada siapa yang boleh menetapkan rezeki untuk dirinya.Seorang ustaz yang alim ulamak tidak boleh menyangka bahawa dengan amalnya yang membukit,dia berhak lebih kaya dari Ananda Krishnan,tauke Maxis dan Astro.

Seorang yang berusaha belajar bersungguh-sungguh dan kemudian membuka perniagaan yang mantap dengan segala kemahiran dan ilmunya kemudian jatuh muflis tidak boleh menyalahkan Allah yang sepatutnya memberi kekayaan kepada dia kerana dia telah berusaha bermati-matian.Ini kerana Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya bukan mengikut protokol apa-apa.Bukan menurut peraturan apa-apa.Bukan menurut hukum apa-apa.Bukan mematuhi rumus dan etika tertentu.Biarlah dia berusaha macam mana sekalipun atau malas melepek,itu bukan faktor yang mempengaruhi Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya.

ALLAH MEMBERI REZEKI DI ATAS SIFAT KASIH SAYANGNYA,SIFAT AR-RAHMAN DAN AR-RAHIM.
 
berdoa adalah satu cara meluaskan rezeki

Istimewanya,kita boleh berdoa meminta rezeki dari Allah,meminta melapangkan rezeki,meluaskan rezeki atau tambah rezeki.Dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah dirinya.

Jika Allah memberi rezeki atas sistem merit,maka makin banyaklah orang miskin dalam dunia.Siapa yang berusaha gigih hanya berjaya.Siapa yang pandai hidup walau pun menipu dan makan rasuah,mereka inilah yang hidup bahagia di dunia.Siapa pandai main duit,dia lah kaya.Siapa yang tidak di universiti,gelaplah masa depannya.Tetapi hukum kehidupan tidak begitu.HIDUP INI BAGAI PUSINGAN RODA.

Jika hari ini dia kaya,tidak semestinya dia akan kaya seumur hidup.Bila-bila masa Allah boleh tarik kekayaan darinya.Dulu Rashid Hussein (RHB) tersenarai dalam barisan orang terkaya di Malaysia misalnya,hari ini di manakah beliau?Dahulu Syed Mokhtar Al-Bukhari pernah menjual barangan di tepi-tepi jalan ketika kecil namun di manakah beliau hari ini?

Donald Trump pernah menjual air tin dan akhbar dari rumah ke rumah ketika remaja namun siapakah beliau hari ini?Tetapi ada orang di stesen bas Medan Kidd,Ipoh atau di Puduraya yang telah mengumpul tin-tin kosong dan kotak-kotak untuk dijual selama bertahun-tahun tetapi masih juga tidak kaya!
 
Rezeki allah kepada siti nurhaliza.

Siti Nurhaliza tidak pernah ke universiti.SPM dia hanya pangkat dua.Bahasa Inggerisnya berterabur.’Freshie’ Universiti Malaya yang baru masuk kampus tahun ini lebih fasih berbahasa Inggeris dari Siti Nurhaliza.

Tetapi kereta Siti berderet-deret.Siti tinggal di rumah banglo.Apartment,rumah atas bukit,rumah ala resort dan sebagainya pun ada jika rumah banglonya terbakar.Siti tidak kisah.Duitnya beribu,berjuta-juta.Siti bersuamikan Datuk.

Siti tidak perlu jadi perempuan pisau cukur seperti dalam filem Pisau Cukur lakonan Maya Karin dan Fazura untuk memikat Datuk K.Tidak perlu.Namun adakah sebab Siti hanya SPM pangkat dua dan tidak mahir berbahasa Inggeris,dia tak layak untuk kaya?Tidak bukan?Jadi siapa yang beri rezeki kepadanya?Universiti?SEkolah?Muzik?SPM?Diploma?Ijazah?Peminat?Datuk K?
 
JIka rezeki Allah diberi berdasarkan sistem kuota maka banyaklah orang miskin hari ini.Orang-orang kafir akan jatuh miskin kerana tidak beriman.Malah mentari pun tidak mahu menyinari kehidupan non-muslim ini.Mereka hidup hanya untuk merasa seksaan Allah dan kemudian mati begitu sahaja.

Donald Trump tidak layak jadi kaya.Dia mungkin hanya layak minum air sungai Kelang sahaja.Itu pun di akhirat nanti dia akan ditanya tentang nikmat air sungai Kelang itu.Robert Kuok tidak layak makan stik atau bubur nasi Beijing yang mahal itu.Dia mungkin hanya layak makan hampas-hampas tebu atau gula pasir sahaja untuk meneruskan hidup di dunia yang fana ini.
 
Malah tauke-tauke yang suka menipu dan ahli korporat yang makan rasuah itu pun tidak layak hidup kaya-raya.Jika rezeki diberi mengikut Hukum Ekonomi Adam Smith maka tauke-tauke dan ahli korporat tadi layak untuk tidur di bawah jambatan.Ini kerana cara penipuan dan pembohongan tidak mematuhi hukum etika dan moral kemanusiaan yang sihat.

Ini adalah hukum Machievelli;matlamat menghalalkan cara.Ini juga tidak termasuk dalam sistem kuota yang mengikut kehendak Allah.Hanya orang-orang Islam yang beriman sahaja layak makan rezeki Allah.Hanya orang soleh,ustaz,mufti,kaki surau dan masjid sahaja layak kaya-raya berdasarkan iman dan amal mereka.Siapa menentang hukum Allah,dia layak tinggal di kaki-kaki lima mengharap sesuap nasi.

Siapa yang tidak suka Hukum Hudud yang dicipta Allah dan suka pula kepada Hukum Penjajah Common Law,maka tenggoroknya tidak layak mengecapi rezeki Allah jika sistem kuota dipakai.Siapa yang memperlekehkan azan dan Nama-Nya,maka dunia ini akan dijadikan neraka fasa pertama baginya;hidup susah sesusah-susahnya.Rezeki liat nak sampai ke mulutnya.Air pun segan nak menyentuh tubuhnya.

Cahaya matahari,lampu pendaflour,lampu neon,lampu disko atau cahaya kelip-kelip sekalipun malu nak menyinari tubuhnya sebab Allah pakai sistem kuota dalam memberi rezeki kepada makhluk-Nya.

TETAPI HAKIKATNYA TIDAK BEGITU.ALLAH BERI REZEKI ATAS SEBAB SIFAT PEMURAH DAN PENYAYANGNYA.SIFAT PENYAYANG ALLAH MELEBIHI KEMURKAANNYA
 
Allah tidak beri rezeki atas sistem kuota.Para Kaisar dan Kisra hidup mewah tetapi nabi-nabi majoritinya hidup miskin atau sederhana.Jika semua nabi-nabi hidup mewah seperti raja-raja Rom dan Parsi,nanti manusia akan ikut nabi-nabi bukan kerana KEBENARAN ALLAH TETAPI KERANA SEBAB REZEKI YANG DIMILIKI NABI-NABI ITU.

Sebab itu Robert Kuok dan Ananda Krishnan mampu menikmati rezeki Allah.Itu sebab Bill Gates mampu menjana pendapatan 300 juta sebulan.Sebab apa?

SEBAB KASIH SAYANG ALLAH.
 
Back
Top
Log in Register