BTC USD 85,634.7 Gold USD 4,309.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Rezeki Ceburi AI, Pendapatan NVIDIA Melonjak 1000%

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,595
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,595
Reaction score
7,741
Points
916
NVIDIA mula menceburi pasaran dan industri kecerdasan buatan sekitar tahun ini dan melalui kad grafik AI H100, syarikat tersebut berjaya menambah pendapatan lebih 1,000%. Untuk pengetahuan anda, permintaan pasaran terhadap GPU AI begitu tinggi sekali. Hal ini demikian kerana GPU adalah komponen penting dalam melatih model kecerdasan buatan dan pembelajaran mendalam. Dan banyak syarikat pemula AI menzahirkan kerisauan sekiranya tidak dapat akses kepada GPU tersebut untuk memenuhi keperluan model AI mereka. Mengikut sumber, kos pembuatan GPU H100 bermula lebih kurang USD3,320 (~RM15,439.66) dan syarikat tersebut menjualnya sekitar USD25,000 (~RM116,262.50) ke USD30,000 (~RM139,515.00).

tsmc-is-building-a-5nm-chip-factory-in-arizona_f3x4-e1605760725265.jpg


Selain itu, terdapat juga beberapa sumber yang menyatakan GPU tersebut dijual pada harga mencecah USD70,000 (~RM325,535.00). Di samping itu, NVIDIA juga telah berjaya memasuki kumpulan syarikat bernilai lebih USD1 trilion (~RM4.65 trilion) dalam pertengahan pertama tahun ini bersama Apple, Google, Amazon dan lain-lain.

 
Back
Top
Log in Register