BTC USD 85,826.5 Gold USD 4,164.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Review Avast! Antivirus for Mac

Atomars

Active+ Member
Messages
3,287
Joined
May 5, 2011
Messages
3,287
Reaction score
105
Points
33
Avast! Antivirus adalah salah satu daripada antivirus percuma yang boleh didapati di Windows & Mac. Aku adalah salah seorang daripada pengguna Avast! sejak dari tahun 2007 lagi dan aku boleh katakan yang Avast! adalah antivirus yang terbaik yang pernah aku gunakan.

avast_free_antivirus_mac.jpg


Ramai pengguna Mac berkata yang Mac adalah sistem operasi yang tiada virus, namun percaya atau tidak, itu adalah mitos belaka kerana Mac boleh dijangkiti virus (malware). Oleh yang demikian, aku telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang Avast! Antivirus di sistem Mac.

Untuk Avast! versi Mac, ianya menawarkan 4 perlindungan untuk sistem korang.

1) File System Shield

Screen+Shot+2012-09-23+at+1.44.21+PM.png


File System Shield membantu untuk mengawasi serta melindungi file-file korang yang berada didalam Hard Disk daripada virus secara automatik.

2) Mail Shield

Screen+Shot+2012-09-23+at+1.44.44+PM.png


Mail Shield membantu untuk mengawasi e-mail yang masuk ke dalam peti simpanan korang. Sekiranya Avast! mengesan virus daripada e-mail tersebut, ianya akan memberitahu korang.

3) Web Shield

Screen+Shot+2012-09-23+at+1.45.01+PM.png


Web Shield membantu untuk mengawasi serta melindungi sistem korang daripada virus semasa anda melayari Internet. Jika terdapat virus, Avast! akan menyekat virus tersebut sebelum berjaya dimuat turun ke dalam sistem.

4) WebRep

Screen+Shot+2012-09-23+at+1.45.10+PM.png


WebRep pula menunjukkan reputasi kepada laman web yang korang visit. Contohnya, warna hijau bermaksud laman web tersebut selamat daripada virus dan merah bermaksud laman web tersebut bekemungkinan tidak selamat.

Jadi, untuk pengguna Mac, aku cadangkan korang install Avast! Antivirus supaya sistem operasi korang mendapat perlindungan dan menjadi lebih selamat.

Download Avast! Antivirus untuk Mac disini
http://www.avast.com/free-antivirus-mac
 
Back
Top
Log in Register