ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Roziah (tengah) bersama Pengurus Besar PKNS Real Estate Sdn Bhd, Fakru Radzi Ab. Ghani (kiri) dan Pengurus Pembangunan Keusahawanan, Azilah Arshad pada program itu, semalam.
PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperkenalkan program baharu iaitu Retail 200 bagi melahirkan peruncit yang berwawasan dan berdaya saing.
Program tersebut menyasarkan 200 peruncit yang mempunyai kriteria tertentu berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun.
Setiausaha Kerja PKNS, Roziah Ahmad berkata, setakat ini seramai 65 usahawan yang menyertai program tersebut dan menerima pelbagai ilmu mengenai perniagaan secara percuma.
"Program yang berlangsung selama enam bulan ini, khas untuk peruncit yang sudah mempunyai perniagaan sendiri supaya mereka dapat bertahan dalam dunia perniagaan dengan lebih lama.
"Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti konsultasi, pengurusan perniagaan, networking dan sebagainya," katanya.
Menurut Roziah, peserta yang menyertai program itu bakal ditempatkan di kompleks perniagaan dan pasar raya besar milik PKNS sendiri.
Antaranya, Datum Jelatek, Wisma Yakin dan Bangi bagi membantu peniaga Bumiputera membangunkan perniagaan mereka.
"Untuk Datum Jelatek, kami menyediakan 200 tempat bagi usahawan peruncit selepas projek pembinaan kompleks ini dijangka siap pada 2018.
"Tujuan program ini dilaksanakan untuk memberi peluang usahawan Bumiputera memajukan perniagaan mereka," katanya.
Roziah berkata, sebanyak 70 peratus peserta terlibat dalam mengusahakan perniagaan fesyen seperti baju, tudung, kain pasang dan sebagainya.