BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Restoran tular di Teluk Intan tiada sijil halal - JAIPk

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan Restoran Hawayi di Teluk Intan tidak mempunyai sijil halal.
Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata hasil semakan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIPk mendapati restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Beliau berkata JAIPk tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis berkenaan sepanjang operasinya dan perkara itu perlu diambil berat oleh masyarakat Islam.

"Saya menasihati seluruh masyarakat Islam agar berhati-hati apabila kita ke restoran dan tempat makan. Sebagai orang Islam kita digalakkan tengok ada logo halal atau tidak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, isu status halal restoran terbabit hangat diperkatakan di laman sosial Facebook sehingga menimbulkan kebimbangan pengguna Muslim lain.

Malah seorang pengguna laman Facebook dengan nama Abang Ameen menyatakan hasil semakan di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tiada menemukan rekod restoran terbabit mempunyai sijil halal.

Sementara itu, Harith Fadzilah berkata pihaknya turut menasihati orang ramai khususnya masyarakat Muslim agar tidak cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan.

"Orang Islam wajib memastikan semua makanan dan minuman bersih, suci dan halal kerana ia menjadi darah daging kita. Paling penting pastikan setiap restoran atau tempat makan itu mempunyai SPHM kerana tanda halal itu adalah jika operasi dan bahan makanan di sesebuah premis itu menepati syarat," katanya.

Beliau berkata sebagai pengguna, mereka boleh membuat semakan melalui aplikasi telefon pintar dan sikap berhati-hati dalam memilih premis makanan amat wajar dilakukan kerana masyarakat Islam perlu berhati-hati dalam hal ehwal berkaitan makan serta minum selain berdasarkan hukum syarak.

"Itu sebab kita galakkan kepada mana-mana pemilik restoran dan individu untuk memohon sijil halal kerana ia lebih meyakinkan masyarakat," katanya.

Sumber: BERNAMA
Gambar: Facebook Restoren Hawayi

23052.jpeg
 
Kedai2 makan viral ni mana la ade mention kedai dia halal pun...tapi tokey pandai park org melayu kerja jadi server dan bancuh air...

Org kita ni nampak je ade staff melayu, serbu je..
 
Kedai mana ni?...yg aku pernah dgr Krishnan, ade org Melayu yg gi mkn, nasi kandar, tokenya Krishnan, kira challenger nasi kandar Gulam Rasul la....apepun pd aku kt Teluk Intan biasa² je bab makanan ni, xde pula viral pd aku, nasi kandar Gulam Rasul pun biasa je aku rasa, mee rebus Mastan Ghani pun biase je, lemak² masin gitu...air sirap jagung mastan ghani tu not bad la...
 
Ni kedai hawaii bang
Kedai terkenal dgn desert ABC

Seumur aku xpenah sampai

Sebelah sekolah convent
 
Kedai2 makan viral ni mana la ade mention kedai dia halal pun...tapi tokey pandai park org melayu kerja jadi server dan bancuh air...

Org kita ni nampak je ade staff melayu, serbu je..
Org melayu islam kita ni tak habis habis benak ubi...nak makan tempat mcm ni....nak penuhkan perut...tapi tak guna akal dan iman...
 
Back
Top
Log in Register