BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Restoran JB makin sepi

am kurizawa

Active+ Member
Messages
2,708
Joined
Jul 4, 2009
Messages
2,708
Reaction score
15
Points
25
JOHOR BAHRU – Kejadian tiga pelanggan restoran di sini mati ditembak dan di tetak dalam tempoh dua bulan lalu mula memberi kesan terhadap perniagaan makanan khususnya di sekitar Skudai apabila banyak premis kelihatan lengang walaupun pada waktu puncak.

Senario itu turut membimbangkan para pemilik restoran yang terpaksa beroperasi tanpa keuntungan sementara menunggu keadaan kembali normal.

Kes serangan terbaru dilaporkan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai membabitkan pekerja kedai keranda, Ong Chin Loo, 48, yang mati terkena enam das tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki memakai topi keledar ketika mangsa bersarapan di sebuah restoran pada pukul 7.13 pagi.

Seorang pengusaha restoran di kawasan itu yang enggan identitinya disiarkan mengakui ada tanda-tanda orang ramai mula menjauhi tempat itu dan menjamu selera di kawasan lain yang lebih selamat.

“Perniagaan saya terjejas terutama pada hari kejadian, dan hari ini (semalam) pun bilangan pelanggan berkurangan sampai 50 peratus.

“Ini kes yang terpencil, saya harap orang ramai tidak takut. Semoga keadaan kembali menjadi seperti biasa dalam masa beberapa hari akan datang,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi peniaga di kawasan tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 46, mendakwa dia kehilangan sebahagian besar pelanggan kelmarin apabila orang ramai takut untuk datang ke kawasan tersebut.

sumber kosmo
 
sapa la berani pergi lagi.. huhu
 
dah jd tmpt jenayah..
sape lg mau pegi lg..
 
senang2 je penjenayah lepas tembakan.. polis pula takde kat kawasan tu.
 
takut jugak lah jb ni. haritu kete saya kene pecah tingkap kat area bukit indah. dekat dengan kedai makan habib.

dapat tau minggu tu memang dah ada 5 kes kat situ
 
Bandaraya JB memang tak selamat. Banyak penjenayah cina kopet kapir kat semua pelusuk daerah JB. Polis JB pun tak boleh buat apa2 sebab bilangan penjenayah ni terlalu ramai. Jadi aku nasihatkan kat kawan2 tak payahlah pegi makan malam ke, mengeteh ke kat mana2 kat JB ni. Beli bungkus bawak balik makan kat rumah jer selamat.
 
rasanya..kes2 tembak tue hanya bersifat dendam jer..atau musuh perniagaan....atau kongsi gelap...bukan penjenayah tembak sesuka hati pun.....lgpun kawasan tue majoriti cina....
 
Back
Top
Log in Register