roBUST
Legendary Member

- Messages
- 12,406
- Joined
- Oct 13, 2008
- Messages
- 12,406
- Reaction score
- 136
- Points
- 123
NIBONG TEBAL 18 Mac - Kegiatan seorang peniaga berusia 65 tahun yang menjadikan restorannya sebagai pusat pelacuran terbongkar apabila polis menyerbu premis itu di sini semalam.
Lelaki tersebut dipercayai menyediakan khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) sebagai pelaris bagi mengembangkan perniagaan restorannya yang baru dibuka kira-kira dua bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 8.15 malam itu, peniaga tersebut ditahan bersama tujuh GRO warga China.
"Hasil maklumat yang kita peroleh, lelaki tersebut baru mengambil alih pengurusan restoran itu dua bulan lalu dan mengambil GRO terbabit untuk bekerja di situ.
"Walaupun dia mendakwa wanita-wanita (GRO) terbabit hanya bekerja sebagai 'teman minum' tapi kita percaya ia turut menyediakan khidmat seks," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Shafien, dalam serbuan tersebut, tujuh pelanggan restoran itu turut ditahan.
Beliau menambah, restoran berkenaan telah diubah suai dengan menyediakan sudut-sudut yang agak tersorok bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan.
Peniaga serta kesemua GRO terbabit kini ditahan reman dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 56/39 Akta Imigresen serta Seksyen 372 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Shafien memberitahu, polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjata di Pulau Pinang dan Perak.
Lelaki tersebut, Goey Chin Boon, 46, yang turut dikenali dengan panggilan 'Nyamuk', memiliki lima rekod jenayah dan kali terakhir dilihat berada di sekitar Changkat dekat sini.
Shafien berkata, dalam kes terbaru pada 8 Mac lalu, seorang lelaki berusia 50 tahun nyaris disamun sebanyak RM45,000 oleh suspek yang tiba-tiba menghampiri mangsa dan menunjukkan sepucuk pistol.
Katanya, kejadian pukul 1.50 petang itu berlaku ketika mangsa baru memasuki kenderaan selepas mengeluarkan wang tersebut dari sebuah bank di Simpang Ampat di sini.
"Mangsa bagaimanapun sempat melarikan diri kerana keretanya dilengkapi sistem kunci keselamatan automatik yang menyebabkan suspek tidak dapat memasuki kenderaan itu," jelasnya.
Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah SPS di talian 04-5824222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.