azman67
Fun Poster
- Messages
- 456
- Joined
- Feb 17, 2011
- Messages
- 456
- Reaction score
- 26
- Points
- 20
SAMBAL IKAN PARI DAUN KUNYIT
BAHAN-BAHANNYA
6 -7 ketul ikan pari, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
1 helai daun kunyit, dimayang halus
4 biji limau kasturi, perah jusnya
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci belacan*
Sedikit hirisan lengkuas*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA
Ikan pari digoreng tapi jangan sampai garing, kasi dia embal2 sahaja. Angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
Tambah garam dan gula secukup rasa, kacau dan masukkan ikan pari goreng, gaul rata dan masukkan jus limau kasturi. Masak sekejap, tambah hirisan daun kunyit, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau lempeng pekak. Pasti tak menyesal punya lahh!..