BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Report Card MB Pahang!!!

shane

Legendary Member
gem
Messages
14,063
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,063
Reaction score
247
Points
133
5821345704_55ffdcdb54_m.jpg

Sebelum ini kami sudah membuat laporan mengenai perkara ini di bawah artikel yang bertajuk Eksklusif: Syed Ali SGM, Lancarkan Buku "Report Card MB Pahang" Si Guru Besar Kini Jadi Menteri Besar Yang Wajar Di Miliki Oleh Rakyat Negeri Ini.

Difahamkan selepas artikel itu disiarkan Syed Ali telah mendapat panggilan telfon yang bertalu-talu daripada orang ramai yang ingin mendapatkan buku tersebut. Difahamkan, ramai juga rakyat Malaysia di luar negara yang membuat tempahan secara online, termasuk ramai dari Germany, Amerika dan Australia. Oleh itu, kepada mereka yang berhasrat untuk memiliki buku ini bolehlah menghubungi terus beliau di talian yang tertera.

Kami menjangkakan sambutan hangat buku tersebut bakal menyebabkan MB Pahang, Adnan Yaakob tidak tidur lena dan bagaikan "cacing kepanasan" sekarang. Tambahan pula Syed Ali adalah pihak yang telah menyaman beliau dalam isu pembalakan sebelum ini. Malah beliau dan kerajaan negeri masih belum membuat apa-apa bayaran kepada SGM biarpun sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sendiri. Masa untuk berubah kini sudah tiba dan rakyat Pahang perlu lakukannya

http://www.youtube.com/watch?v=TsA6RX1Kk8M&feature=player_embedded
"Ramai yang menghubungi saya dan terkejut dengan apa yang saya dihasilkan ini. Malah, ada diantara mereka adalah pemimpin dan bekas pemimpin UMNO Pahang yang sememangnya sudah jemu dan bosan melihat pentadbiran Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob ini sebenarnya. Ada juga dikalangan sahabat dan tokoh usahawan Pahang yang kini berada di seluruh negara juga turut membuat tempahan dalam jumlah yang besar. Ini menggambarkan bahawa MB Pahang kini memang sudah tidak layak lagi untuk mengekalkan jawatannya lagi selepas PRU13 nanti", kata Syed Ali.

Beliau turut menegaskan bahawa buku yang diterbitkanya itu adalah satu permulaan dan banyak lagi pembongkaran panas yang akan dilakukan selepas ini. Justeru itu, orang ramai terutamanya rakyat Pahang yang berada seantero dunia bolehlah menghubungi beliau untuk mendapatkan buku tersebut.
sumber
 
oooo...dia ni la yg suka tunjuk jari tengah tu kan?
 
Back
Top
Log in Register