BTC USD 83,952.1 Gold USD 4,290.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Report Card Duta Timur Tengah TGHH

synyster

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,950
Top Poster #5
Joined
Nov 29, 2010
Messages
26,950
Reaction score
5,374
Points
481
BISMILLAH. Dengan rasa rendah diri, saya kemukakan Kad Laporan Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah untuk rujukan semua.

Besar harapannya, dengan segala usaha yang telah direkodkan dalam kad laporan ini, menjadi pemula kepada langkah-langkah selanjutnya bagi meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam menyatukan ummah, seterusnya berjaya membawa hasil pulangan yang sangat baik kepada rakyat dan negara Malaysia dalam bentuk pendidikan, teknologi, pelaburan, perdagangan, dan sebagainya.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Wisma Putra, Kementerian-kementerian, Pejabat Kedutaan Negara Timur Tengah di Malaysia, Pejabat Kedutaan Malaysia di Timur Tengah, serta seluruh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan atas segala kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam memudahkan urusan dan pekerjaan Pejabat Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Mudah-mudahan, segala amal dan usaha kita dinilai sebagai kebaikan di sisi-Nya, amin.

Muat turun Kad Laporan Utusan Khas Ke Timur Tengah di sini:

 
Abdul Hadi kongsi prestasi sebagai Duta Khas Timur Tengah

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkongsikan kad laporan yang merekodkan prestasinya sebagai Duta Khas Perdana Menteri (PM) Ke Timur Tengah.

Menerusi dokumen yang dikongsikan pada Sabtu, kad laporan itu antara lain mengemukakan peranan utama dimainkan beliau ketika menjawat jawatan tersebut.

Ia antaranya melibatkan usaha pengukuhan kerjasama bersama negara timur tengah, mengemukakan cadangan kepada kerajaan berkenaan langkah meningkatkan kerjasama dengan negara rantau itu dan menggerakkan misi khas dunia Islam.

Sepanjang memegang jawatan itu bermula 2 April 2020, Hadi dilaporkan membuat 12 pertemuan bersama, duta dari negara timur tengah seperti Arab Saudi, Yaman, Qatar, Oman, Afghanistan, Syria, Bahrain, Mesir, Azerbaijan, Palestin, Iran dan Turkiye.

Beliau turut berperanan memulakan langkah kepada pembukaan pintu kerjasama baharu antara Malaysia dan Qatar menerusi dua siri pertemuan diadakan bersama duta negara tersebut dan lawatan kerja di negara berkenaan.

Dalam pada itu, kad laporan itu turut menyentuh mengenai beberapa usaha dilaksanakan Abdul Hadi untuk menggerakkan misi khas ke dunia Islam antaranya melalui pernyataan kesediaan bagi kerjasama dengan Qatar misi pembangunan semula Afghanistan meliputi penyelarasan dan misi bantuan kemanusiaan.

Selain itu, beliau turut mencadangkan penganjuran persidangan ulama antarabangsa dan persidangan ulama wanita di Doha, Qatar melalui pertemuan bersama Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS), Sheikh Dr Ahmed al-Raissouni serta Ketua Tetap Misi Emiriah Islam Afghanistan Ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sheikh Mohammed Suhail Shaheen.

Pada masa sama, Abdul Hadi turut berperanan dalam menggerakkan bantuan kemanusiaan di beberapa negara Islam yang mengalami konflik antaranya di Lubnan, Palestin dan Yaman.

Bagi misi di Palestin, beliau telah menyelaras kutipan dana #Aid4Palestine melalui kaedah ‘crowdfunding’ dengan jumlah kutipan terkumpul dalam fasa satu adalah sebanyak RM16.8 juta.

Dalam pada itu, penyelarasan bantuan dijalankan di negara bergolak itu meliputi projek kecemasan melalui pek makanan kepada 500 keluarga terjejas, pembaikan semula sebanyak 22 buah rumah, bantuan perubatan dan pendidikan yang dilaksanakan bersama Universiti Islam Gaza.

Kad laporan tersebut turut menyatakan bahawa Abdul Hadi telah mengemukakan dua dokumen dalam bentuk laporan eksekutif dan kertas cadangan kepada kepada kerajaan berkenaan langkah meningkatkan kerjasama dengan negara timur tengah.


 
Laa dia ada buat kerja ke? Selalu org ckp lebai hadi mkn gaji buta...
 
Laa dia ada buat kerja ke? Selalu org ckp lebai hadi mkn gaji buta...
rmai yg kutuk dia snyp je..tp tgk report card tu aktif tu.. slalu mmg mcm tu..org yg buat keje ni xbunyi sgt..slalu yg bunyi ni org2 yg nk tunjuk dia buat keje.. especially menteri.. tp bkn smua menteri cmtu.. ada jgk menteri2 yg ikhlas buat keje..
 
terima kunjungan2 ni.. anwar dah lama buat.. berlambak je pemimpin dunia dok melawat anwar..

kalau takat terima kunjungan tu.. tak perlu sampai nak bertaraf menteri pun.. tu kerja duta ja pun..
 
terima kunjungan2 ni.. anwar dah lama buat.. berlambak je pemimpin dunia dok melawat anwar..

kalau takat terima kunjungan tu.. tak perlu sampai nak bertaraf menteri pun.. tu kerja duta ja pun..
Duta malaysia di malaysia?
 
Ayah chik byk tarik pelabur dr tanah arab
E6-D552-E3-9134-4212-B58-B-79072-C4-D7686.jpg


No 1 pelabur terbesar mesia ialah negara komunis, china timur tgh 😂
 
Back
Top
Log in Register