BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Renungkan Di Ambang P/raya 2008

aku penah berbual ngan seorg melayu berusia 50an. Aku kata kat dia selepas pilihanraya nih tol dan minyak akan naik. Kau tahu apa kata dia, pakcik naik basikal jer

Sebenarnya itulah mentaliti orang melayu dari dulu, kini dan selamanya. Menyokong membabi buta, asalkan berada di zon selesa.

pakcik naik bsikal je...
jawapan yang menggambarkan prinsip seperti yang disebut dalam al-quran :
"mereka umpama binatang ternakan, bhkan lebih sesat lagi..."
prinsip : "ah...aku peduli apa...yang penting aku punya gaji jalan...aku punya makan minum jalan... rumah ada...bini ade...anak ade... peduli apa aku sapa yang memerintah...."

pemikiran mereka bahawa keperluan untuk seseorang hanya terbatas kepada makan minum tempat tinggal bla bla...

jadi..
kalau itu saje keperluan kite...tak ubah MACAM KOBAU...LEMBU .KAMBING...BLA..BLA...!tak caya tengok teori keperluan maslow...

SAMA SEPERTI BINATANG2 TERNAKAN...
keje hari2 asyik pikir makan..minum...tidur...romen...makan,minum, tidur,romen....
tak peduli apa terjadi kat sekeliling...

kenapa allah sebut umpama "binatang ternakan"... bukan binatang buas seperti harimau...?

sebab binatang buas seperti harimau ada gahnye... ada sikap melawan kalau ditangkap...
tapi kalau lembu kena tangkap nak kena sembelih... masih bole makan .minum...
dalam otak lembu tu asyik pikir lagi rumput...air ...rumput ...airr...
 
mmg la menang..
tp menang xde maruah buat pa..
hampes.. la nie org pggl undi hantu..
pasnie ntah2 ada undi setan plak..
mampoih pi...

betul tu. perhatikan nanti, kawasan yg mana pembangkang kuat, peratusan yang keluar mengundi akan menjadi tinggi. 80% keatas. hampehhh

keluar lah mengundi para mahasiswa.....
lakukan sesuatu demi negara.....
undi anda adalah rahsia.....

:) :) :)

sapa cakap rahsia??? mana ada rahsia beb. kalau rahsia, dah lama parlimen putrajaya lingkup. dia berani mendabik dada. pasal apa? pasal undi x rahsia la. puak2 B End ni bole access satu persatu kertas undi tu. membuatkan kakitangan krajaan yg mengundi kat situ takut nak pangkah pembangkang :(scam
 
oleh yang demikian generasi muda di PP harus melakukan sesuatu. sampai bila tanah asalnya milik nenek moyang orang melayu nak bertuan bangsa lain. :-?

PS: Parlimen maybe akan dibubar pada 21.02.2008, PRU dalam 11 @ 13 March 2008


aku lah gneerasi muda Pulau Pinang...
yg tak tau pasai Penang, duk diam2 ajalah...

PKR tak jadi kudis pun pd UMNO..
Tian Chua mai tmpt aku baru-baru nih, tak sampai 100 org pun dgr
cramah dia.. kesian aku tengok....
cakap kosong, fakta tadak, semua hentam kerajaan..
semua org meluat....
 
aku lah gneerasi muda Pulau Pinang...
yg tak tau pasai Penang, duk diam2 ajalah...

PKR tak jadi kudis pun pd UMNO..
Tian Chua mai tmpt aku baru-baru nih, tak sampai 100 org pun dgr
cramah dia.. kesian aku tengok....
cakap kosong, fakta tadak, semua hentam kerajaan..
semua org meluat....

btoi2.. Penang x mungkin dpt kt pembangkang :D :D
 
SELAGI PIHAK PEMBANGKANG TAK LEH TERIMA KEKALAHAN MEREKA SETIAP KALI PILIHANRAYA..TIAP KALI ITULAH MEREKA AKAN MENYALAHKAN PENGUNDI HANTU..PADAHAL MEREKA SENDIRI YANG TAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN KEKALAHAN YANG TELAH DIJANGKA...JANGANLAH JADI UMPAMA ANJING MENYALAK BUKIT..SUARA HILANG..BUKIT TAK ROBOH...HE..HE..HE
 
Untuk Renungan Bersama

Di petik dari http://ketuaperusuh.wordpress.com/

Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut.

“Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut” tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.

“Errr… saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel” jawab Gadis Semut kembali. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

“Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkan ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?” soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

“Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan” jawab Gadis Semut.

“Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain.

“Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu” tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya

“Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kamu ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama” jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

“Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa.

“Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?” tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.

“Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan” jawab Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.

“Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini” tanya Malaikat Pendakwa

“Kementerian Pelajaran tuan, yang diketuai oleh Menteri Pelajaran.” dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.

“Panggil kekamar bicara Menteri Pelajaran” bentak Malaikat Pendakwa lalu ditanya pula

“Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pelajaran yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu pelajaran ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?”

“Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pelajaran. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan” terketar-ketar Menteri Pelajaran tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.

“Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu” tegas soalan dari Malaikat Pendakwa

“Perdana Menteri kami, tuan” lemah balasan Menteri Pelajaran yang kini tidak mampu mengangkat muka.

“Panggil ke kamar bicara Perdana Menteri Kerajaan Semut ini sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantunya.

Lemah longlai Perdana Menteri diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

“Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini.” tanya Malaikat Pendakwa dengan tegas kepada Perdana Menteri

“Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.” jawab Perdana Menteri lemah.

“Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan” tanya Malaikat Pendakwa.

“Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya” lemah jawapan Perdana Menteri tersebut.

“Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini” lontar Malaikat Pendakwa

“Tuhanku, Perdana Menteri ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa pelajaran ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.” bentang Malaikat Pendakwa kepada Tuhan Semut dengan lengkap dan tertibnya.

“Barang siapa yang memilih (mengundi) Perdana Menteri dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina” titah Tuhan Semut kepada Malaikat Pendakwa dan semua Malaikat seluruhnya.

Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar.

Undi kita walaupun hanya sekadar satu garisan diatas sekeping kertas akan menyebabkan kita dimasukkan kedalam syurga ataupun neraka. Ingat, apakah jawapan yang mampu kita berikan diakhirat kelak sewaktu dibicarakan dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.

Sediakanlah jawapan anda. Undilah dengan iman, amal dan akal. Jangan biarkan anda dipengaruhi dengan kebendaan dan keduniaan yang mana ianya tidak akan kekal.
 
Back
Top
Log in Register