BTC USD 84,499.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

renungan

Couple dalam Islam...
Couple in Islam (buat renungan )
aku selalu selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm
Islam?....blh ke tak ni?....
one day, one of my friend dpt article dari IKIM
ttg couple dlm Islam....it answers my question
clearly.... selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm
Islam?....blh ke tak ni?....
one day, one of my friend dpt article dari IKIM
ttg couple dlm Islam....it answers my question
clearly....
apa kata Islam ttg couple?....
sebesar2 tajuk yg ditaip dlm article "percintaan :
HARAM !!!!"
dlm Islam tiada istilah bercouple....kalau benar
seorang lelaki itu mencintai seseorg wanita
seikhlas hatinya, tidak blh dia bercouple....
bercouple adlh dtg dari nafsu....buat apa
menurutkan nafsu?....
dalam Islam yg ada hanyalah
perkahwinan....cara2nya,....bi la seorg lelaki itu
tersuka kat seorg wanita tak kira lah member ke,
tak pernah kenal ke,....dia kena solat istikharah
dahulu sblm memulakan langkah....minta petunjuk
Allah benarkah si dia itu adlh jodoh yg telah Allah
tetapkan....
kemudian, andai dah dpt petunjuk benar si dia
jodoh yg Allah tetapkan, kena approach parents
dia....bkn nyer approach dia....lelaki ni kenalah
minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan
ni dan niat dia berkawan kenalah nak
memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar
main2 ek....
pastu, kalau perempuan ni pula kena buat solat
istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki
ni jodoh dia....kalau dah dpt petunjuk dari Allah
dan parents kata ok,....tak ber makna blh dating,
keluar bersama2 dan sbgnya.... step seterusnya
kena cpat2 tetapkan tarikh kahwin....pastu kahwin
la, and happy ever after....Insya Allah....
so,....sedar tak yg sebenarnya step2 di atas adlh
step utk meminang ?....
kesimpulannya, dlm Islam tak der istilah couple....
kpd sahabat2 yang saya sayangi dan kasihi,
marilah kita sama membanteras gejala2 bercouple
ni sbb bermula dari couple, mcm2 blh terjadi, tak
pyh la di sini saya sebutkan complication2 yg
timbul slps bercouple....hehe, mcm hypertension
lak ada complication2.... sanggupkah kita
gadaikan agama hanya utk kepuasan diri?....
ingat, kita muslim diperhati oleh non-muslim, mcm
mana nak berdakwah kalau diri songsang?....
ermm...pada sape yg terasa...maaf
dipinta..sekadar renungan kita bersama...
i do believe in this words, deep down if u guys ask
urself, we already have the answer, ALLAH the
almighty have always slipped in the answer in our
heart, it's just that we rather listen to the 'other'
voice than the one that's already there...
 
Allah Ta'ala hanya menerima amalan hambaNya yang benar-benar ikhlas terhadapNya. Amalan yang dilakukan itu pula sekiranya merupakan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan sebagainya hendaklah menepati rukun dan syarat serta kaifiat yang telah ditetapkan oleh syariat berdasarkan ilmu yang benar dan bukan ikut-ikutan secara membuta-tuli. Ibadat yang dilakukan dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah akan memberi kesan kepada jiwa pengamalnya sehingga melahirkan ketaatan dan akhlak yang baik seperti memelihara aurat, beradab sopan, menjauhi kemaksiatan dan sebagainya.
Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat. Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain.
Wallahu Tabaraka Wa Ta'ala a'lam.
 
Sejarah Valentine's Day

Dalam keghairahan remaja Islam dewasa kini merayakannya, elok sekali kalau kita melihat kembali sejarah silam yang membawa kepada perayaan ini. Pada mulanya orang-orang Romawi merayakan acara untuk memperingati suatu hari besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Februari, mereka menamakannya Lucipercalia. Peringatan ini dirayakan untuk memperingati Juno ( Tuhan wanita dan perkahwinan), serta Pan (Tuhan dari alam ini) seperti apa yang mereka percayai. Acara ini berisi pesta antara muda-mudi, lelaki dan perempuan yang memilih pasangannya masing-masing dengan menulis nama yang dimaksudkan dalam jambangan kemudian diundi. Pasangan masing-masing saling tukar-menukar hadiah sebagai manifestasi cinta mereka. Acara ini diteruskan dengan berbagai macam pesta dan huru-hara bersama pasangan masing-masing sampai ke pagi.

Setelah penyebaran agama Kristian, para pemuka gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap perayaan para pemuja berhala itu. Pada tahun 496 Masehi, Paus Gelasius ( Pope Gelasius) mengganti peringatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine's Day, iaitu hari kasih sayang untuk orang-orang suci dengan memindahkan harinya pada tanggal 14 Februari sebagai penghormatan bagi seorang pendeta Kristian yang dihukum mati pada tanggal tersebut. Sehingga sekarang acara tersebut terus diperingati. Dalam sejarah perayaan Valentine, para sejarawan tidak setuju dengan adanya usaha untuk menghubungkan hal itu dengan St Valentine yang hidup di Rom pada zaman pemerintahan Kaisar Caludius II (268-270). St Valentine ini ditangkap oleh orang-orang Rom dan dimasukkan ke dalam penjara, kerana dituduh membantu salah satu pihak untuk memusuhi dan memburu orang Kristian. St Valentine ini kononnya berhasil mengubati puteri penjaga penjara yang buta. Akhirnya pada tahun 270 orang Rom memenggal kepalanya di Palatine (bukit Palatine ) dekat Altar Juno.

Dalam kaitannya dengan acara Valentine Day, banyak orang mengaitkan St Valentine yang lain. Dia adalah seorang bishop di Terni, satu tempat kira-kira 60 batu dari Rom. Dia juga diburu kerana memasukkan sebuah keluarga Rom ke dalam agama Kristian. Kemudian ia dipancung di Roma sekitar 273 Masehi.

Sikap Seorang Muslim terhadap Valentine's Day

Bagi seorang Muslim, segala perbuatannya telah mempunyai hukum dan wajib baginya untuk mengetahui hukum satu perbuatan sebelum perbuatan tersebut dilaksanakannya. Sebagaimana satu kaedah syara' (kaedah Fiqh) yang menyatakan Asal (pokok/dasar) sesuatu perbuatan adalah terikat dengan hukum-hakam Syara'

Begitu pula untuk 'berkasih-sayang' versi 'Valentine'an ini, haruslah diketahui terlebih dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan dilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat dan memahami asal-usul serta realiti pelaksanaan Valentine's Day, sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut pautnya sedikitpun dengan corak hidup seorang Muslim. Tradisi tanpa dasar ini lahir dan berkembang dari segolongan manusia (kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang sangat jauh berbeza dengan corak hidup berdasarkan syariat Islam yang agung. Jika kita fahami nas-nas syara' dengan lebih mendalam, akan kita dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain firman Allah SWT:


Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban (TTQ Al Isra' : 36)

Juga firman Allah SWT;


Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mreka setelah datang ilmu kepada kamu (keterangan-keterangan), sesungguhnya kalau demikian termasuk golongan orangg-orang yang zalim (TTQ Al Baqarah : 145)


Untuk itu marilah kita meneliti erti semua itu setelah kita mendapatkan pemahaman tentang Valentine Day tersebut. Semoga kita tidak menutup mata dan telinga setelah mengetahui perkara ini. Berdoalah semoga Allah SWT tidak akan menutup mata hati kita, kerana orang yang paling rugi ialah orang yang berusaha menutup pancaindera mereka setelah datangnya ilmu dan keterangan. Dan yang lebih parah lagi jika seandainya mata hati kita telah ditutup oleh hawa nafsu mereka. Perlu difahami bahawa syariat Islam datang dari Allah SWT untuk menerangi umat manusia dari kegelapan, dan ianya tidak boleh disandarkan pada asas manfaat di mana penentuan manfaat atau tidaknya sesuatu adalah bersifat relatif.

Kesimpulan

Islam adalah 'cara hidup' yang khusus dan unik dalam kehidupan ini. Ini telah disimpulkan oleh Muhammad Ismail dalam kitabnya Fikrul Islami tentang hakikat ajaran Islam. Menurutnya, sebagai umat yang memiliki peraturan hidup yang unik dan berbeza dengan sistem manapun, sangat memungkinkan kita sebagai pemeluknya untuk berdikari, produktif dan tidak boleh 'menciplak' ajaran umat yang lain. Sabda Rasullullah saw.

"Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari golongan mereka" HR Abu Daud dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar.

"Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang menyerupai selain golongan umat ku (umat Islam)" HR Tirmidzi dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya.

"Jangan kalian menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani.." HR Tirmidzi.


Hadis-hadis di atas menunjukkan larangan meniru-niru gaya hidup suatu kaum yang bertentangan dengan ajaran Islam. Bermula daripada masalah akidah sehinggalah urusan syariat. Dalam masalah hari raya(hari kebesaran) misalnya, Islam melarang kita mengikut atau menghadiri hari raya umat lain. Begitu pula dengan urusan pakaian, potongan rambut dan urusan-urusan lain dalam kehidupan ini tidak boleh dari ajaran agama lain.

Semestinya kita mempunyai cara hidup kita sendiri. Tidak perlulah kita menoleh ke kiri dan memandang ke kanan kerana Islam adalah satu-satunya cara hidup yang komprehensif dan sempurna yang diturunkan/diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan tuhannya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan sesamanya. Rasulullah SAW menjadi contoh tauladan yang terbaik bagi kehidupan seorang muslim dengan tegas memperingatkan kita agar jangan mengikuti corak hidup kaum/bangsa lain, sebagaimana dalam sabdanya:

Tidak akan terjadi kiamat sebelum umatku menerima (mengikuti) apa-apa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa terdahulu (pada masa silam), selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta. Di kalangan sahabat ada yang bertanya: Ya Rasullah yang dimaksudkan (di sini) seperti bangsa-bangsa Persia dan Romawi? Rasulullah menjawab:Siapa lagi (kalau bukan mereka)? Hadis riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah.


Imam Ibnu Hajar Atsqalani, menerangkan makna ikut-ikutan dalam hadis ini adalah dalam masalah-masalah aturan kehidupan, baik individu maupun kemasyarakatan. Renungkanlah kenyataan Ibn Khaldun, seorang ahli sosiologi yang terkemuka pernah berkata:

"Yang kalah cenderung mngekori yang menang, dari segi pakaian, kenderaan, bentuk senjata yang dipakai, malah meniru dalam setiap cara hidup mereka, termasuk di sini adalah mengikuti adat-istiadat mereka, bidang seni, seperti seni lukis dan seni pahat (patung berhala), baik di dinding-dinding, pabrik-pabrik atau di rumah-rumah".


Sekiranya kita memahami keadaan umat Islam di saat ini, dan makna kenyataan Ibn Khaldun kita dapati kesesuaiannya. Memang benar umat Islam kini berada dalam posisi yang teramat rendah, yang semua ini disebabkan kita tidak lagi taat dan patuh kepada aturan Allah SWT. Saat ini kita secara membabi -buta meniru apa-apa saja yang diberikan oleh Barat serta aturan-aturan yang batil, hampir dalam semua aspek kehidupan. Yang tersisa dari kaum muslimin saat ini hanyalah dari aspek ibadah ritual semata-mata. Sedangkan aspek-aspek Islam yang lainnya (kehidupan sosial-kemasyarakatan, ekonomi , kebudayaan dan lain-lain) umumnya tidak diterapkan, bahkan tidak dipedulikan dan yang lebih teruknya lagi langsung tidak diketahui oleh umat Islam sendiri.

Wahai kaum muslimin, khususnya generasi muda Islam yang terkeliru dengan permasalahan ini, akan tetapkah kita redha dengan keadaan ini? Tidakkah kita takut atas murka Allah SWT bagi hamba-hambaNya yang tidak mahu melaksanakan semua aturanNya?

Permasalahan ini akan hanya dapat diperbetulkan dengan tertegaknya Khilafah. Di mana sistem yang diterapkan secara keseluruhannya dalam sistem Khilafah akan memastikan individu dan masyarakat Islam akan terus hidup di atas landasan syariat Allah SWT. Umat Islam yang dipayungi oleh Khilafah tidak akan dibiarkan terus-terusan disuntik dengan fahaman-fahaman kufur, ini adalah kerana Khalifah bagi Daulah Islamiah merupakan pemelihara bagi rakyatnya. Hadis Rasullulah saw

"ketahuilah! Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap akan ditanya tentang kepimpinan mu. Seorang amir yang berkuasa terhadap rakyat akan ditanya tentang kepimpinannya" HR Ibnu Umar r.a


Bangkitlah umat ku kearah mengembalikan semula kehidupan Islam di muka bumi Allah swt ini dengan tariqah yang telahpun ditunjukkan oleh Rasullulah saw kepada kita iaitu dengan menegakkan 'Sistem Khilafah', di mana sistem ini akan memberikan suatu kehidupan yang sebenarnya kepada manusia. Firman Allah swt:

"Hai orang-orang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu memberikan kehidupan kepada kamu" TTQ Al Anfaal: 24
 
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Guru itu duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Siguru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika. "

Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." Guru melanjutkan. "

Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka. Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar"
 
ishh2 berape kerat je yg sudi nak selak halaman agama, ish2
 
kat dunia azab dah pedih, Xkan nak try kat akhirat lak, kot, so mari la kite bertaubat
 
sebab org x brani nak komen sgt....info yg bagus & berguna....:)
 
4 PERKARA UNTUK SIHAT - Petua Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan.

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan.

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
 
Back
Top
Log in Register