balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Kereta Wira yang merempuh kedai mangsa.
< 1 / 1 >
SEREMBAN – Pemilik kedai jual keranda di Jalan Kapitan Tam Yeong di sini, mengalami kerugian dianggarkan RM10,000 selepas kedainya dirempuh kereta kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dipandu seorang lelaki, cuba mengelak sebuah motosikal sebelum merempuh kedai terbabit yang berada di tepi jalan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku apabila sebuah motosikal dari sebelah kanan jalan secara tiba-tiba memasuki laluan sebelah kiri jalan sehala berkenaan.
“Mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback seorang diri cuba mengelak namun telah merempuh kedai keranda tersebut. Ketika kejadian cuaca hujan dan permukaan jalan basah dan agak licin.
“Pemandu kereta terbabit yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Muhamad Zaki berkata, pemeriksaan mendapati pemandu berkenaan bukan di bawah pengaruh alkohol dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu pemilik kedai keranda, K Shamugam, 65, berkata, ketika kejadian dia baru sahaja sampai di rumahnya di Rasah di sini, selepas menutup kedai kira-kira jam 9.30 malam.
“Tiba-tiba saya dapat panggilan daripada seorang rakan yang memberitahu kedai saya dirempuh kereta.
“Saya bergegas semula ke kedai dan sebaik sampai saya lihat pintu cermin dan pintu besi rosak. Mujurlah dua keranda yang diletakkan berhampiran pintu tidak dilanggar, jika tidak saya terpaksa menanggung kerugian lebih besar,” katanya.