BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja tertinggi di dunia

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Tallest-female-3.jpg



Ankara (Turki): Seorang remaja berusia 17 tahun dengan ketinggian 213.6 sentimeter secara rasmi diisytiharkan remaja perempuan paling tinggi di dunia, semalam.

Rumeysa Gelgi menerima anugerah Rekod Dunia Guinness pada satu majlis khas di bandar kelahirannya di Safranbolu, Karabuk.


Rumeysa, penuntut sekolah menengah tinggal di rumah bersama ibu bapanya dan beberapa kakaknya yang mempunyai ketinggian normal.

Ketinggian luar biasa Rumeysa berpunca daripada Sindrom Weaver - kecelaruan genetik yang menyebabkan tumbesaran melampau.

Disebabkan penyakit itu, dia bukan saja mengalami ketinggian yang pesat malah tangannya turut membesar 24.5 sentimeter dan kakinya 30.5 sentimeter, bersamaan saiz 12 kasut lelaki.

Kerana kaki yang sangat besar, kasut yang dipakainya terpaksa ditempah di Amerika Syarikat.

Dengan ketinggiannya itu, Rumeysa mempunyai masalah untuk bergerak dan terpaksa mengguna kerusi roda khas serta tongkat bagi membantunya berjalan.

Menceritakan pengalamannya, Rumeysa berkata dia sering dicaci sebelum ini.

Tetapi dia kini sudah lali dengan pandangan negatif masyarakat dan menganggap ia perkara remeh.

Katanya, sekarang dia memfokuskan kepada aspek positif.

“Saya suka menjadi orang yang berbeza berbanding orang lain. Ia menyenangkan saya mencapai sesuatu di tempat tinggi dan memandang orang lain dari atas,” katanya. - Agensi


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Remajatertinggididunia/Article/index_html
 
mak aihh,tinggi betul nih.. nasib bekla genetik org kt mlysia nih kecik2 belake :)
 
Back
Top
Log in Register