balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Sisa ranting pokok memenuhi kawasan rumah mangsa di Kampung Pulau Tempurung.
< 1 / 1 >
KEMAMAN - Remaja lelaki berusia 14 tahun cedera parah selepas rumahnya di Kampung Pulau Tempurung, di sini, dihempap pokok asam gelugur dalam kejadian hujan lebat dan angin kuat, pagi kelmarin.
Tragedi kira-kira jam 11 pagi itu mengakibatkan Nik Mohd Amir Azri Nik Solahuddin yang merupakan anak kedua daripada lima beradik, mengalami kecederaan dalaman dan luaran yang teruk iaitu pecah limpa, terkehel tulang belakang dan patah kaki kanan.
Pokok sebesar tiga pemeluk itu terletak kira-kira 7.5 meter dari rumah PPRT didiami mangsa sekeluarga sejak 2008.
Menurut ibu mangsa, Norliza Abdullah yang juga ahli JKKK Kampung Pulau Tempurung, ketika kejadian, dia dan suami tiada di rumah kerana keluar bekerja.
“Ketika kejadian, Amir berada di dalam rumah. Dia dibawa ke Hospital kemaman oleh penduduk kampung sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 2.15 petang kerana kecederaan agak serius,” katanya.
Susulan kejadian itu, bomba, Majlis Perbandaran Kemaman, Pejabat Daerah dan juga TNB bergegas ke rumah mangsa bagi membersihkan pokok tumbang dan sisa runtuhan, serta memotong bekalan elektrik bagi mengelakkan litar pintas.
Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar turut melawat rumah mangsa dan menghulur bantuan segera bagi meringankan beban.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan segera kepada mangsa sekeluarga.
“Kita akan hulur bantuan untuk baik pulih rumah dan perubatan termasuk pembedahan mangsa,” katanya selepas melawat pusat pemindahan banjir di SK Kemasik, petang semalam.