BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Felda ketagih arak bertambah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
FELDA SEBERTAK – Majlis Belia Felda Pahang menggesa pihak pengurusan Felda, pihak penguatkuasaan dan Pejabat Agama Islam Daerah memandang serius masalah ketagih arak dalam kalangan pelajar sekolah di sekitar tanah rancangan di sini.

EXCO Majlis Belia Felda Pahang, Mohd Zoolihsan Ahmad berkata, kegagalan pihak berkenaan memantau perkara ini menyebabkan bilangan golongan remaja yang terlibat dalam gejala ini semakin bertambah.

Menurutnya, sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan serius golongan ini tidak akan lahir sebagai pemimpin yang berkualiti.

“Gejala ini semakin serius di dalam kawasan tanah rancangan di sini, dan seharusnya pihak pengurusan Felda lebih peka masalah ini.

“Mereka seharusnya lebih kerap bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan menangani masalah ini atau mengambil tindakan tegas terhadap peniaga tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian apabila menjumpai beberapa botol minuman keras berdekatan dengan padang awam di sini.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima daripada penduduk, botol minuman keras itu ditinggalkan oleh kumpulan remaja selepas berjumpa pada sebelah malam.

Difahamkan terdapat beberapa kedai runcit di kawasan Felda Gugusan Bera ini menjual minuman keras kepada orang ramai.

Katanya, antara kedai yang dikenali pasti ialah di sekitar Felda Purun, Felda Mayam dan di persimpangan laluan ke Tasek Bera.

Menurut Mohd Zoolihsan, berdasarkan siasatan yang dilakukan ke kedai terbabit, peniaga mendakwa minuman tersebut untuk kegunaan sendiri dan hanya dijual kepada orang bukan Melayu sahaja.

“Sekiranya benar dakwaan mereka ini, mengapa terdapat segelintir golongan pelajar yang boleh terlibat dalam gejala ini?

“Ini jelas menunjukkan tiada tindakan yang dilakukan terhadap peniaga itu sehingga menyebabkan minuman keras itu boleh dijual begitu sahaja,” kata beliau.

Mohd Zoolihsan berkata, semua pihak perlu bertanggung�jawab mengatasi masalah ini termasuk pihak sekolah dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di setiap sekolah sekitar tanah rancangan di sini.
 
Back
Top
Log in Register