BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja curi selipar dibenar pulang

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
lu_07.1.jpg

Pegawai dari Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia meletakkan selipar yang dihantar ke pejabat oleh penduduk yang membantah kes budak 15 tahun yang dikenakan penjara lima tahun kerana mencuri selipar di Jakarta, kelmarin. - AFP

PALU, Indonesia 5 Jan. - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun didapati bersalah mencuri sepasang selipar seorang anggota polis, dalam satu kes yang mendapat bantahan ramai sehingga menyaksikan lebih 1,200 selipar diletakkan di balai-balai polis dan pejabat pendakwa raya.

Mahkamah Daerah Palu di Sulawesi tengah malam tadi dalam keputusannya bagaimanapun memutuskan, remaja itu yang berdepan hukuman penjara lima tahun dibenarkan pulang bersama ibu bapanya bagi tujuan menghadiri kaunseling.

"Berdasarkan bukti dan keterangan saksi, kami mendapati tertuduh bersalah kerana mencuri.

"Namun, mengambil kira umurnya, kami membenarkan dia pulang," kata Hakim Rommel Tampubolon.

Penduduk Indonesia bertindak meletakkan sejumlah selipar di balai polis dan pejabat pendakwa raya bagi melahirkan kekecewaan mereka berhubung cara pihak berkuasa menangkap dan mengendalikan proses perbicaraan membabitkan remaja itu. - AFP
 
curi selipar = penjara 15 tahun

fuhh... nasih dibenarkan pulang..
 
curi selipar = penjara 15 tahun

rasuah berjuta-juta = 1 tahun
 
Kalau di malaysia selipar dengan kasut kat masjid selalu hilang..
 
lepas ni kalau selipar hilang kat masjid, nk wt report polis lah..haha :))
 
Back
Top
Log in Register