BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Redah api selamat dokumen penting

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Md Nor (tengah) menceritakan detik cemas ketika menyelamatkan diri dalam api yang marak.
< 1 / 1 >
GUA MUSANG - Seorang warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya hangus dalam kebakaran di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, Md Nor Hamzah, 71, turut melecur di kaki selepas dia nekad meredah api yang marak membakar rumahnya untuk menyelamatkan dokumen penting, namun usahanya itu gagal.

Menurutnya, ketika kejadian, dia berada di luar rumah dan tidak menyedari periuk digunakan untuk memasak air meletup, dan kemungkinan api menyambar dinding rumah di bahagian dapur.

"Sebelum itu, pakcik masak air dalam periuk dan tinggalkan sekejap untuk membersihkan kawasan rumah tapi pakcik terkejut lihat dapur rumah berasap.

"Pakcik segera masuk ke dalam rumah dan cuba memadamkan api dengan menggunakan beberapa baldi air tetapi tak berjaya, sebaliknya api semakin marak," katanya.
Md Nor berkata, dia juga cuba memasuki bilik untuk menyelamatkan dokumen penting termasuk kad pengenalan tetapi tidak sempat kerana api merebak dengan cepat.

"Pakcik tinggal seorang diri kerana isteri dan anak pulang ke kampung. Bagaimanapun, pakcik bersyukur terselamat dalam kejadian ini walaupun mengalami kecederaan kecil.

"Biasanya pakcik guna cerek untuk masak air, hanya kelmarin gunakan periuk untuk cepat masak. Tak sangka pula boleh menyebabkan kebakaran," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Ahmad Nordin Ibrahim berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran dan berjaya mengawalnya daripada merebak ke rumah berhampiran.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Dalam pada itu, kepimpinan Umno bahagian yang diketuai Bendahari Umno, Zamzani Harun dan Pentadbir Mukim Dun Galas, Zamri Zakaria serta pemimpin setempat turut turun padang melawat mangsa.
 
Back
Top
Log in Register