Salam brother LForex
saya nie orang baru dalam forex, tapi dah try demo LForex sebulan lebih dah, cuma ada beberapa soalan cepumas nak tanya, maklumlah saya nie orang baru...
1) Berkenaan dengan closed position, mengikut 'reglament' LForex, setiap position hendaklah di closed selepas masa 2 minit, (biasanya untuk scalping trader), betulke?
Ya, tunggu minit 2.01 dah boleh close position jika ingin scalping.
2) Jikalau di closed sebelum masa 2 minit, adakah profit daripada position tu akan dikira atau hangus begitu saja, atau camne?
Sebelum 2 minit akan ada message window keluar dan anda memang tak boleh nak close position dalam waktu itu.
3) Adakah ada limit minima jumlah pips untuk closed, contohnya tidak boleh closed position selagi tidak mencapai 3 pips. ?
Berapa pips pun boleh nak close. 0 pip or breakeven pun boleh. negatif pips pun boleh
4) Berkenaan dengan spread, Jikalau position di closed sebanyak profit 10pips, adakah trader akan dapat semua 10pips tu, atau ada spread lagi sebanyak 2 pips. Maknanya Trader dapat 8pips dan LForex dapat 2pips?
Kalau bro dah dapat 10 pips maka 10 pips lah bro dapat. Tak ada tolak2 lagi.
5) Saya mungkin akan open real akaun, selepas masukkan deposit dan belum lagi melakukan position, saya bercadang nak 'Free Swap'. Apakah dokumen yg perlu dihantar ke LForexMas, dan berapa lamakah masa yg diambil untuk aktifkan 'Free Swap' tu?
Kena scan IC dan download free swap form DI LINK INI. Bila dah siap isi form dan scan IC hantarpun guna link yang sama then send secara online. Ambil masa mungkin 2 atau 3 hari. Tetapi jangan buka position dulu sehingga free swap proses selesai. Bila dah selesai bro boleh trading macam biasa tanpa swap.
Terimakasih.