BTC USD 81,408.3 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Real Madrid Real Madrid Terbaik Ke???

beli defender yg berkualiti..dari dulu real madrid fokus dkt situ. my 2 cents opinion :)

sejak fernando hierro kena jual, sampai sekarang problem besar madrid kat center defender
 
tempat perkumpulan pemain2 yg sudah maximum kehebatannya dan tunggu utk bersara...
senang citer, sebelum retire diaorg berkumpul kat sini laaa, n real madrid kutip pemain2 yg dah abih sinaran kegemilangan...

sbnrnya real ni bukan ambik pemain yg dh abis skil, tapi dia ambik pemain yg berada di kemuncak prestasi

biasala.. klu sesuatu trend tu di kemuncak, stoch pun dh tunjuk over bough, maka dia akan berubah jadi downtrend
 
dulu diorg beli Beckham kejap je pulang modal..
aku rasa beli Ronaldo dan Kaka ni pulang modal gak..
tapi aku heran liga Sepanyol bukan famos pon..
ramai penduduk dunia layan liga England..camne diorg bole ade duit yer??

liga sepanyol mmg tak femes pun.. tapi game dorang best n banyak player muda2 bagus.. kalo EPL
lak sebab strategi marketing bagus.. tu pasal la femes.. tgk england kat world cup. hampeh.. bagi aku EPL ni bukan la best sgt. kalo nak bibandingkan dgn liga Sepanyol,German,italy.. .
 
RONALDO KEBAL

MADRID: Kedudukan Cristiano Ronaldo di dalam pasukan Real Madrid tidak boleh disentuh pada masa kini, menurut pengurus kelab itu Jose Mourinho sambil menambah sedang membina pasukannya di dalam tempoh satu atau dua tahun lagi.

Mourinho berkata cita-cita, disiplin dan perpaduan yang dimiliki Ronaldo membuatkan dia diperlukan.

“Pada masa ini dia tidak dapat digugat kerana dia bekerja lebih keras daripada orang lain,” Mourinho berkata menjelang pertemuan liga dengan Deportivo La Coruna di Madrid pada Ahad.


Pasukan itu berdepan dengan kritikan selepas kurang berkesan di barisan serangan pada musim pertama Mourinho sebagai pengurus. Namun pengurus dari Portugal itu menjelaskan dia gembira dengan persembahan Real Madrid setakat ini dan berkata pasukan itu mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.


“Jika kami tidak menjaringkan gol di dalam semua perlawanan kami pastinya seri tanpa jaringan dan kami mempunyai banyak peluang untuk melakukannya, kami bercakap mengenai lima kemenangan di dalam lima perlawanan liga dan dua kemenangan di dalam dua perlawanan Liga Juara-Juara,” katanya.


Real Madrid menang tiga perlawanan dan dua keputusan seri di dalam liga. Ia memang dua perlawanan Liga Juara-Juara termasuk 1-0 ke atas Auxerra pada 28 September.


Ketika ditanya mengenai berapa lama dia akan menyatakan Real Madrid sebagai pasukan yang masih dibina, Mourinho berkata: “Saya akan berkata seperti itu untuk lima hingga 10 bulan atau dari satu hingga dua tahun. Pasukan sentiasa mengalami perubahan.” Sementara itu, Valencia yang bangkit di gelanggang sendiri dengan kemenangan 2-1 ke atas Athletic Bilbao pada Sabtu dengan kelebihan empat mata di tangga teratas liga selepas tewas kepada Manchester United di dalam Liga Juara-Juara.


Gol ketiga musim ini daripada penyerang Aritz Aduriz pada minit ke-10 dan gol lewat daripada pemain gantian, Vicente memastikan mereka meraih 16 daripada 18 mata penuh untuk membolehkan Valencia mengatasi Villarreal dan juara bertahan, Barcelona.


Namun masih terlalu awal sama ada juara liga 2002 dan 2004 itu akan menjadi pencabar utama kepada Real dan Barca yang menamatkan saingan musim lalu dengan kelebihan 28 mata ke atas Valencia yang berada di kedudukan ketiga.


Terdahulu, penyerang pinjaman dari Perancis, Florent Sinama Pongolle menjaringkan dua gol di dalam tempoh lima minit untuk membantu pasukannya, Real Zaragoza yang bermain dengan 10 pemain bangkit ketinggalan dua gol untuk mencatatkan keputusan seri 2-2 di gelanggang sendiri ketika menentang Sporting Gijon.


Zaragoza kekal di tangga terbawah liga walaupun mengutip satu mata namun ia mungkin lebih teruk jika tewas 2-0 serta bermain dengan 10 pemain selepas kehilangan bekas pertahanan Chelsea, Jiri Jarosik dua minit selepas rehat.

Espanyol pula tewas 1-0 kepada kelab yang baru di naik taraf, Real Sociedad. - AFP
 
tahniah geng....6-1 korng kitai..:D
 
Real sure leh menang liga ni

barca pon dok seri2 je lak

mou ada magican camner nak kalahkan barca
 
sbnrnya real ni bukan ambik pemain yg dh abis skil, tapi dia ambik pemain yg berada di kemuncak prestasi

biasala.. klu sesuatu trend tu di kemuncak, stoch pun dh tunjuk over bough, maka dia akan berubah jadi downtrend

adoiyai:eek:

forex pon di aplikasikan dlm bola
die bukan downtrend tu
amik retract je..sat gi die one way la lepas kumpul momentum.:))
 
target dieorng nk kalahkn barca dulu ni..:D
pastu baru la liga..hakhak
 
Back
Top
Log in Register