BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Real footage gorilla selamatkan kanak-kanak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
6310012853335213121_121.jpg

6310012853335213120_121.jpg



Siapa pernah tengok scene ini di television. Sebenarnya scene ini adalah real footage di mana pada tahun 1996, seekor gorila bernama Binti Jua telah menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun yang terjatuh ke dalam kandangnya di Zoo Brookfield.

Kanak-kanak tersebut telah terhantuk kepala dan pengsan. Ini menyebabkan ramai pengunjung panik dan bimbang sekiranya gorilla itu akan mencederakan kanak-kanak tersebut. Namun apa yang sebenarnya terjadi adalah sebaliknya dimana Binti Jua telah bertindak dengan mengangkat kanak-kanak itu ke pangkuannya serta menjauhkan kanak-kanak itu daripada gorila lain, dan membawanya ke pintu penjaga zoo.

Setelah mendengar bunyi pintu Zoo dibuka, gorila berusia 8 tahun itu dengan lembut meletakkan kanak-kanak tersebut di lantai dan berundur. Ini membolehkan penjaga zoo tersebut dapat mengambil kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Insiden itu kemudiannya mendapat perhatian media dari seluruh dunia dengan ramai yang memuji tindakan gorilla ini yang baik hati. Kanak-kanak lelaki yang diselamatkannya berada di hospital selama 4 hari sebelum sembuh dan dibenarkan pulang.

Binti Jua yang kini berusia 37 tahun masih hidup dan berada di Zoo Brookfield.

Sumber ➡️ Media sosial
 
Back
Top
Log in Register