BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RCI Tabung Haji: SPRM Selesai Rakam Percakapan Bekas CFO

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

RCI Tabung Haji: SPRM Selesai Rakam Percakapan Bekas CFO​

b31b6f7e97386f33cbc0808d27f2c8a66a6a088a19e89

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merakam percakapan seorang bekas ketua pegawai kewangan syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berkaitan penemuan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata pihaknya merakam percakapan individu itu bagi mendapatkan keterangan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.

"Sesi rakaman percakapan beliau untuk hari keempat telah bermula 9 pagi tadi dan berakhir pada 6.30 petang.

“Hari ini adalah hari terakhir SPRM merakam percakapan bekas pegawai kanan tersebut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, SPRM menahan individu berusia 60 tahun itu bersama-sama bekas ketua pegawai eksekutif syarikat terbabit selepas mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Selasa lepas.

 
Back
Top
Log in Register