BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Razif muncul buat kejutan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
KUALA LUMPUR - Biarpun belum memeterai sebarang perjanjian dengan KLRC dan mungkin terpaksa menjalankan tugas secara percuma, Razif Sidek sudah turun ke gelanggang latihan sejak awal pagi, semalam untuk membantu dua beregu kelab itu, Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari dan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen.

Kehadiran legenda beregu Malaysia itu membawa semangat luar biasa kepada Zakry-Fairuzizuan dan Teik Chai-Bin Shen, yang sebelum ini agak kabur ke manakah hala tuju mereka selepas memilih untuk bergerak secara bebas.

Malah, bagi Zakry-Fairuzizuan, komitmen yang diberikan Razif untuk membantu mereka melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 tidak akan disia-siakan, apatah lagi selepas menyedari bekas pakar beregu itu sanggup menghabiskan masa dari pagi hingga petang untuk membantu mereka mencapai matlamat.

"Kalau Razif sanggup menghabiskan masanya untuk membantu kami, maka kami sendiri kena lebih bekerja keras untuk membantu diri sendiri. Walaupun beliau nampak seperti seorang yang kelakar dan tidak terlalu keras dalam latihan tetapi sebenarnya beliau amat komited dan serius.

"Hari ini, kami mengharungi sesi latihan yang panjang di sebelah pagi manakala pada sebelah petang kami akan melakukan latihan fizikal di tasik. Kata jurulatih, kami kena melakukan latihan yang serius dan berat kalau hendak melayakkan diri ke Sukan Olimpik, memandangkan tempoh kelayakan sudah tidak panjang.

"Razif selalu mengingatkan kami tentang matlamat sebenar kami bermain, malah setiap hari beliau akan kira berapa hari lagi Sukan Olimpik akan berlangsung, begitu juga Piala Thomas, jadi kami akan sentiasa diingatkan bahawa dengan tempoh yang singkat ini, kami tidak boleh bermain-main, walaupun kami beregu bebas tetapi kami juga kena ada visi,'' kata Zakry.

Menurut Zakry, masih terlalu awal untuk menilai apakah kerjasama dengan Razif mampu membawa impak, namun yang pasti juara All England 1982 itu adalah orang paling tepat untuk membantunya dan Fairuzizuan mengejar misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

Malah, Razif, 49, sudah bersetuju untuk membantu Zakry-Fairuzizuan dan Teik Chai-Bin Shen pada Grand Prix Emas Terbuka Indonesia di Kalimantan, 29 September hingga 2 Oktober ini, meskipun tidak menerima sebarang bayaran.

Pasangan itu juga akan bertanding dalam empat lagi kejohanan Terbuka - Perancis, Denmark, Hong Kong dan China, selain empat GP Emas di Jerman, Macau, Korea Selatan dan India.

"Kami memang bertuah kerana banyak pihak yang menyokong. Sebelum ini MSN (Majlis Sukan Negara) juga memberi kebenaran untuk terus menginap di asrama Kompleks Rakan Muda di Bukit Kiara, biarpun kami tidak lagi bernaung di bawah BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Kebenaran itu diberikan sendiri oleh Datuk Zolkples (Embong, Ketua Pengarah MSN).

"Malah, kami juga sudah mempunyai penaja untuk peralatan, cuma belum memutuskan sama ada mahu memilih Yonex atau Li Ning. Rundingan masih berjalan dan kami akan lihat siapa yang dapat memberi tawaran lebih baik. Mungkin keputusan akan dicapai minggu ini juga.

"Dengan segala sokongan yang kami terima, kami akan melakukan yang terbaik untuk mencari kemenangan, bukan saja buat diri sendiri tetapi negara. Selain Olimpik, saya dan Fairuz juga mahu merebut tempat untuk Piala Thomas tahun depan, lebih bagus kalau kedua-dua beregu KLRC diterima pada kejohanan itu,'' kata Zakry lagi, yang pernah menjuarai Terbuka Indonesia dan Singapura 2008 bersama Fairuzizuan.

Sementara itu, Teik Chai mengakui, selepas dua tahun bergerak sendirian tanpa jurulatih, kehadiran Razif membawa harapan baru kepada kariernya, apatah lagi di saat dia dan Bin Shen bagaikan sudah patah semangat ekoran isu tidak disenaraikan pada Kejohanan Dunia, bulan lalu.

Katanya, jika selama ini mereka bermain tanpa matlamat, kini Razif membantu mereka memasang sasaran dan menyediakan program latihan yang lebih sistematik, malah akan membantu mereka untuk mengatasi masalah dalam perlawanan apabila bersetuju menemani mereka di Terbuka Indonesia.

"Sudah terlalu lama saya dan Bin Shen bermain tanpa hala tuju, kami memang bermain bersungguh-sungguh tetapi kami tidak nampak matlamat sebenar yang hendak dicapai. Malah, sejak sebulan ini tumpuan kami agak terganggu ekoran isu Kejohanan Dunia, dan itu menjadikan karier kami semakin teruk.

"Bagaimanapun kehadiran seorang jurulatih berwibawa seperti Razif yang sudi membantu memberi harapan baru kepada karier kami... kami kini main bukan untuk suka-suka tetapi untuk mencari sebanyak mungkin kejuaraan. Malah, sekarang kami juga sudah ada teman baru, Zakry dan Fairuz... ia membuatkan kami lebih bersemangat.

"Saya amat rapat dengan Zakry, kami sudah kenal satu sama lain sejak berumur 13 tahun. Kami banyak menghabiskan masa bersama, jadi kehadirannya bersama Fairuz dalam arena yang sama pasti akan membolehkan kami memberi sokongan kepada satu sama lain,'' kata Teik Chai, yang pernah bergandingan dengan Zakry pada zaman remaja.
 
terlalu banyak campurtangan luaran mungkin di BAM tu..
lagipun sekarang ni BAM macam kurang memberikan peluang kepada beregu2 dan single2 back up dan pelapis main tournament luar..
setiap kali dihantarnya LCW,LCW,LCW..sebab nak kukuhkan ranking..
buat apa ranking kukuh lepas tu backup takda??
double pun macam tu gak..rasa2nya utk kejohanan kecik dan sederhana,hantar lebih pelapis dari senior..yg senior ni hantar kat major tournament sudah
 
Beregu Fairuz n Zakry nih ada potensi tp BAM saja wat x endah sbb nk naikkan beregu berlagak tu... Padahal xkemana pun... Terlalu byk politiking dlm BAM...
 
Beregu Fairuz n Zakry nih ada potensi tp BAM saja wat x endah sbb nk naikkan beregu berlagak tu... Padahal xkemana pun... Terlalu byk politiking dlm BAM...

tu sebab BAM dah xrelevan... bagus bagi peluang kat KLRC amik alih
 
tu sebab BAM dah xrelevan... bagus bagi peluang kat KLRC amik alih

wujudkan saingan peringkat kelab...klu harap BAM sorang yg ada hak antar wakil, memang naik lemak la BAM
 
wujudkan saingan peringkat kelab...klu harap BAM sorang yg ada hak antar wakil, memang naik lemak la BAM

setahu aku KLRC pernah hantar sairul amar ayob ikut kejohanan lain di luar malaysia
 
terlalu banyak campurtangan luaran mungkin di BAM tu..
lagipun sekarang ni BAM macam kurang memberikan peluang kepada beregu2 dan single2 back up dan pelapis main tournament luar..
setiap kali dihantarnya LCW,LCW,LCW..sebab nak kukuhkan ranking..
buat apa ranking kukuh lepas tu backup takda??
double pun macam tu gak..rasa2nya utk kejohanan kecik dan sederhana,hantar lebih pelapis dari senior..yg senior ni hantar kat major tournament sudah

mmg tu la yg berlaku sblm2 ni
asik hntr pemain sama je ke super series
patut nya hntr la pemain2 muda
baru la kita x ketandusan bakat2 muda ~X(
 
Back
Top
Log in Register