BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(Games) Razer Wolverine V2 Chroma

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Razer Wolverine V2 Chroma Ialah Pengawal Permainan Razer Paling Canggih Dengan Tanda Harga RM750;

Setelah melancarkan beberapa aksesori dalam tempoh beberapa minggu, Razer sekali lagi memperlihatkan sebuah lagi aksesori gaming dalam bentuk pengawal permainan yang dinamakan Razer Wolverine V2 Chroma.

Razer-Wolverine-Xbox-950x633.jpg.webp


Pengawal permainan ini boleh digunakan pada konsol Xbox Series X dan Series S yang baru, bersama-sama dengan komputer anda, jadi sokongan pelbagai platform sudah hadir terbina. Wolverine V2 Chroma ini juga hadir dengan rekaan berbentuk L yang mana walaupun pengawal ini bersaiz besar, ia selesa dipegang dan digunakan oleh tangan-tangan pelbagai saiz tanpa masalah.

Razer-Wolverine-Xbox-2-950x633.jpg.webp


Dari segi fungsi dan ciri-ciri, Razer Wolverine V2 Chroma ini dilengkapi dengan butang-butang sama yang lazimnya dapat diperlihatkan pada pengawal permainan Xbox Controller, tetapi hadir dengan enam butang tambahan, yang mana kesemuanya boleh diubahsuai melalui perisian Razer Synapse.

Razer-Wolverine-2-950x633.jpg.webp


Bahagian picu pengawal permainan ini juga hadir dengan mod Hair Trigger yang mana input akan diambil kira walaupun butang picu tersebut ditekan dengan sedikit. Ini sangat berguna untuk mereka yang bermain permainan FPS dengan aksi pantas seperti Call of Duty ataupun Apex Legends yang mana ketangkasan menewaskan musuh adalah sangat dititikberatkan.

Razer-Wolverine-Buttons-950x633.jpg.webp


Bahagian pengawal analog Razer Wolverine V2 Chroma ini juga boleh ditukar penutupnya dan batang pengawalnya, dan ini boleh dikatakan salah satu cara untuk Razer membolehkan pengguna pengawal ini untuk mengubahsuai aksesori tersebut kepada pilihan mereka.

Razer-Wolverine-Triggers-950x633.jpg.webp


Bukan itu sahaja, pengawal permainan Wolverine V2 Chroma juga hadir dengan sistem pencahayaan Razer Chroma terbaru, dan sama seperti fungsi pengawal ini, ia boleh diubahsuai melalui perisian Razer Synapse. Razer mengatakan bahawa aksesori pengawal permainan Razer Wolverine V2 Chroma ini akan tiba di pasaran pada harga RM749.90 dalam masa terdekat ini di semua pengedar aksesori Razer yang sah.​
 
Back
Top
Log in Register