BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Razer Huntsman V2 Di Lancarkan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Razer Huntsman V2 Dilancarkan Sebagai Papan Kekunci Optikal Terpantas Dengan Harga Bermula Dari RM699;

Papan kekunci Razer Huntsman V2 telah dilancarkan hari ini sebagai papan kekunci gaming optikal yang tepantas di dunia. Kesemua empat model yang ditawarkan hadir dengan suis optikal keluaran Razer dan Razer 8k HyperPolling Technology bagi memastkan setiap tekanan kekunci dikesan dengan pantas.

Razer-Huntsman-V2-C-950x534.jpg.webp


Razer menawarkan empat model dengan Clicky Purple Switch, Linear Red Switch, Clicky Purple Switch Tenkeyless dan Linear Red Switch Tenkeyless. Kesemua suis optikal adalah dari genearasi kedua sejak model ini ditawarkan kepada umum pada tahun 2018. Tambah Razer lagi kekunci diperbuat daripada bahan Doubleshot PBT yang tahan lasak bukan sahaja dari penggunaan harian tetapi juga mengelakkan huruf luntur selepas beberapa ketika.

Razer-Huntsman-V2-B-950x534.jpg.webp


Papan kekunci saiz besar hadir dengan tombol kawalan beputar DigitalDial dan empat butang multimedia yang boleh dikustomasi. Selain itu ciri standard Razer Synapse 3 dan sistem lampu Razer Chroma turut disertakan yang menyokong paparan sehingga 16.8 juta warna pada kekunci.

Razer-Huntsman-V2-Tenkeyless-950x535.jpg.webp


Harga jualan Razer Hunstman V2 di Malaysia adalah seperti di bawah​
  • Razer Hunstman V2 Optical Gaming Keyboard (Clicky Purple Switch) – RM899
  • Razer Huntsman V2 Optical Gaming Keyboard (Linear Red Switch) – RM999
  • Razer Hunstman V2 Tenkeyless Optical Gaming Keyboard (Clicky Purple Switch) – RM699
  • Razer Hunstman V2 Tenkeyless Optical Gaming Keyboard (Linear Red Switch) – RM749
 
Back
Top
Log in Register