BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rayu bantuan ubati suami

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Rayu bantuan ubati suami


ALOR GAJAH: Seorang wanita warga emas dari Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah di sini, terpaksa berulang-alik ke hospital disebabkan masalah kesihatan dihadapi suaminya merayu sumbangan dan bantuan orang ramai bagi meringankan beban mereka.

Rasimah Pendek, 63, kini hilang punca selepas Kamaruddin Jantan, 66, yang juga penoreh getah tidak lagi mampu bekerja selepas dimasukkan ke hospital akibat kencing manis dan dua jari kakinya turut dipotong.


Menurutnya, ia kali kedua suaminya itu terpaksa dimasukkan ke hospital selepas lima bulan lalu.

“Kali pertama, dia (suami) ditahan di hospital selama tiga bulan dan satu jari kakinya dipotong satu. Baru-baru ini, dia sekali dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit sama dan satu lagi jari dipotong.


“Kehidupan saya bergantung kepada wang hasil menoreh getah dan apabila dia tidak boleh bekerja sejak lima bulan lalu, kami hilang punca pendapatan,” katanya di sini, semalam.


Kata Rasimah, kehidupannya kini bergantung kepada ihsan jiran dan saudara-mara terdekat untuk mendapatkan ubat-ubatan serta makanan.

“Saya tidak bekerja, tetapi perlu berulang-alik ke hospital. Kos perubatan untuk suami juga perlu ditanggung dan saya tidak tahu bagaimana mahu mendapatkan wang.


“Kini, saya hanya bergantung kepada wang diberikan anak perempuan yang juga ibu tunggal sebanyak RM 150 sebulan bagi membeli ubat,” katanya.

Menurutnya yang tinggal bersama seorang cucunya, dia berharap ada pihak yang prihatin terhadap nasibnya dan memberikan bantuan.


“Selepas suami dibenarkan keluar daripada hospital nanti, doktor tidak membenarkan dia untuk bekerja. Namun, luka di kakinya perlu dicuci sebulan sekali dan ia memerlukan kos yang banyak,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pembela Melaka, Amir Hamzah berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan terbabit untuk tindakan selanjutnya.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rayubantuanubatisuami/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register