BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rawang Tenggelam

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/rawang-tenggelam-1.320204

image.jpg


RAWANG - Beberapa kawasan di sini dinaiki air semalam akibat hujan lebat melebihi dua jam bermula 3 petang.

Antara kawasan terlibat adalah Jalan Maxwell, Greenpark, Rawang Jaya, Rawang Perdana dan Kampung Sungai Bakau.

Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Gunaraj George berkata, purata taburan hujan yang tinggi antara faktor kawasan rendah dinaiki air dan berlakunya banjir berulang.

“Air naik lebih kurang 0.6 meter di kesemua kawasan terlibat dan dipercayai air daripada Kolam Takungan Emerald telah melimpah sebelum memasuki kawasan kampung Sungai Bakau.

“Sekurang-kurangnya 30 rumah penduduk terjejas. Air mulai surut beberapa minit selepas hujan berhenti sekitar jam 5 petang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, hujan lebat di Pekan Lama Rawang turut menyebabkan gangguan trafik yang bergerak perlahan.

Insiden banjir kilat di Pekan Lama Rawang katanya, menunjukkan keperluan naik taraf sistem longkang secara menyeluruh termasuk atas gerai di Jalan Taiping di sini.

“Peniaga mendakwa kawasan di sini tak pernah dinaiki air tapi hari ini (semalam) membuktikan dakwaan mereka tidak benar.

“Justeru kita harap peniaga memberikan kerjasama mengosongkan gerai dan membenarkan perobohan dibuat supaya kerja naik taraf dapat dilakukan segera,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Adun Rawang, Gan Pei Nei turut turun padang m
 
pehhh
banjir kat bandar niiii
xbleh jadi nk berniaga kt sana
 
Orng nak roboh gerai...utk naik taraf.

Diorng pergi buat demo....
 
okay boleh salahkan peniaga yang xmau pindah tu..
 
nasib baik dah 2-3 hari x gi bandar rawang..klu x msti jem gila nie...
 
banjir kilat....lepas ni kawasan disekitarnya pula
 
bandar rawang dah semakin naik .... makin banyak kedai/pejabat baru ... semua kat kawasan atas - atas .. memang air turun laju je pegi bawah.

hope yb Gan dapat solve masalah ni. setakat ni prestasi yb Gan utk kawasan rawang boleh dibanggakan.

*tapi aku tak undi kawasan rawang cuma sebelum ni menetap di situ.
 
Back
Top
Log in Register