BTC USD 82,838.8 Gold USD 4,171.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RAV4 2019 pesaing CRV baru...

momoque

Legendary Member
gem
Messages
11,399
Joined
Dec 26, 2011
Messages
11,399
Reaction score
464
Points
141
Merecikk hawau model nii...mmg x pandang dh crv

Agak2 ade juai sini x?
 

Attachments

  • 8.5 KB Views: 147
Masuk sini ke??

model dulu pun masuk ikut grey importer

dari segi saiz, xseluas crv..

xtau laa model baru sama saiz ngan crv..
 
Pergghhh..boleh RAVAK (baca rabak) poket camni..ekeke
 
depan mcm shape hyundai, blkg mcm outlander mitsubishi
 
Nak launch 18 June ni.

2 pilihan engine;

2.0 liter M20A-FKS engine ( 173 PS and 207 Nm )
2.5 liter A25A-FKS engine ( 207 PS and 243 Nm )

2020-Toyota-RAV4-Malaysia-price-reveal-1.jpg


2020-Toyota-RAV4-official-Malaysia-pricelist-1.jpg
 
UMWT perkenal Toyota RAV4 baharu

 RAVINDRAN (kanan) dan Takeyama melancarkan Toyota RAV4 Serba Baharu untuk pasaran tempatan.


UMW Toyota Motor (UMWT), pengedar utama kenderaan Toyota di negara ini memperkenalkan Toyota RAV4 Serba Baharu dari generasi kelima untuk pasaran tempatan.

Presidennya, K Ravindran berkata, model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak premium terlaris di dunia itu adalah pertama kali dilancarkan secara maya dengan penstriman atas talian serta perincian model dilakukan oleh Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran UMWT, Akio Takeyama.

"Toyota RAV4 mula dijual di negara ini pada pertengahan 90-an menerusi generasi kedua dan adalah barisan import sepenuhnya (CBU) termasuk model terkini yang turut memenangi Anugerah Kereta Terbaik Jepun untuk tahun 2019-2020," katanya pada majlis pelancaran, semalam.

Antara ciri terbaharunya ialah dibangunkan menggunakan Dynamic Force Engine dan dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA) bagi menawarkan rekaan ranggi serta prestasi pengendalian dan keselesaan seperti pemanduan sebuah sedan.

Dua pilihan enjin serba baharu ditawarkan iaitu 2.5 liter dan 2.0 liter dengan VVT-iE untuk kuasa yang responsif serta penggunaan bahan api 40 peratus lebih efisien masing-masing dengan kuasa kuda 207PS dan 123PS serta tork 243Nm dan 207Nm.

RAV4 Serba Baharu juga dilengkapi pintu belakang dengan sensor penggerak kaki, ruang kabin selesa dengan kerusi belakang boleh direndahkan penyandarnya dan kerusi hadapan lapan posisi serta fungsi memori dan sistem pengudaraan. Kawalan Pelayaran Radar Dinamik untuk semua kelajuan serta Lampu Tinggi Automatik dan tujuh beg keselamatan SRS.

Untuk pasaran Malaysia, Toyota RAV4 Serba Bahru ditawarkan dengan dua varian iaitu 2.5L dan 2.0L dengan enam pilihan warna yang dijual pada harga RM215,665 dan RM196,436 serta jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Sumber : hmetro
 
Back
Top
Log in Register