BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raungan pilu

Disebabkan berita ni la hari ni aku pegi keje naik kete..:D

tapi kesian dgn mangsa, kuat semangat dia sebab masih boleh bertahan lagi.#:-S
 
kalau drebar lori tu berenti mesti kena belasah giler2 punya lar...pastu lori kena bakar lak...
 
Kita xkan sentiasa habis bayar hutang kereta kalau camtu
 
Suami hancur kaki keliru

JOHOR BAHRU: “Saya di mana? Mana kaki saya? Apa dah jadi? Saya hilang kaki ke?“ bertubi-tubi soalan sama dilontarkan Arief Fitri Ahmad Zainuddin, 26, sebaik sedar dan melihat wajah isteri yang setia menemaninya ketika terlantar di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Selatan, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam.

Kerana kasih menggunung, Nur Syaliza Kamis, 26, tetap melayan mesra setiap pertanyaan suami tercinta sambil menerangkan apa yang berlaku dan kenapa Arief berada di katil hospital tanpa kakinya.

Semalam, Harian Metro melaporkan, Arief yang menunggang motosikal berseorangan ke rumah sepupunya untuk mengambil kasut kerja, terjatuh akibat bergesel dengan sebuah lori kira-kira jam 4.10 petang, kelmarin.

Nasib tidak menyebelahinya apabila kedua-dua kakinya hancur digilis tayar kenderaan berat itu di Kilometer 9, Jalan Skudai menghala pusat bandar berdekatan pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Bandar Baru Uda.


Ketika orang ramai sibuk mengusung anak, isteri serta keluarga ke pusat beli belah untuk membeli keperluan Aidilfitri, Nur Syaliza hanya mampu menggenggam tangan sambil tidak lepas-lepas menatap wajah suaminya.

Biarpun sedih dengan kemalangan yang menimpa suaminya, namun guru Matematik di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian itu tetap tabah dan bertekad untuk menerima segala dugaan dengan sabar.

“Pada hari kejadian, Arief sempat menghubungi saya dan memberitahu dia akan pulang lewat dari kebiasaan kerana mahu ke rumah sepupunya di Johor Bahru untuk mengambil kasut.

“Namun kira-kira jam 6 petang, saya menerima panggilan telefon daripada sepupu kami yang bertanya di mana Arief kerana suami saya lewat 40 minit manakala telefon bimbitnya pula gagal dihubungi,” katanya.

Nur Syaliza berkata, rentetan daripada itu, dia berasa tidak sedap hati dan meminta bantuan rakannya membuat semakan di balai polis sekitar bandar raya ini bagi mengesan suaminya.

“Arief tidak pernah tidak menjawab panggilan telefon. Jadi, bila dia tidak dapat dihubungi, saya mula menjangka sesuatu yang buruk menimpanya dan jalan terbaik merujuk balai polis dan hospital,” katanya.

Katanya, selepas jam 8 malam, barulah dia tergerak untuk ke bahagian kecemasan HSA dan bertanya sama ada terdapat kes kemalangan membabitkan suaminya.

“Sebaik diberitahu nama Arief ada dalam senarai, saya terus mendapatkan doktor yang merawatnya. Ketika itu, pihak hospital memaklumkan kaki suami mungkin terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya.

“Alhamdulillah...tidak mengapalah kedua-dua kakinya terpaksa dipotong, asalkan dia selamat dan saya masih tidak kehilangannya. Zaman sekarang banyak teknologi yang boleh diguna pakai...jadi itu semua bukan masalah besar,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, Arief keliru dengan keadaan dirinya dan sering bertanya di mana kakinya serta apa yang berlaku sehingga terlantar di hospital.

“Malah saya juga tidak dapat ke mana-mana kerana Arief akan sentiasa bertanya dan mahu saya sentiasa berada disisinya.

“Mungkin Arief rasa tidak selamat tanpa teman atau bimbang saya akan meninggalkannya dan mahu saya sentiasa bersamanya,” katanya.

Selain bertanya mengenai kejadian malang itu, Nur Syaliza berkata, suaminya juga sering bertanya apa bakal berlaku dalam hidupnya nanti.

“Setiap kali terjaga, dia pasti akan bertanya soalan yang sama - macam mana nak pandu kereta, bagaimana hendak berjalan dan berlari, adakah dia boleh menunggang motosikal lagi,” katanya.

Arief yang sempat berbual dengan jurugambar NSTP, Zulkarnain Ahmad Tajuddin, beberapa kali termenung selepas melihat gambarnya terpampang di muka depan akhbar Harian Metro kelmarin.

Dia yang duduk bersandar di katil juga kelihatan bingung tetapi tenang mengajukan beberapa soalan mengenai siapa yang bersalah dalam kemalangan berkenaan.
 
pergh...seksa2.................
 
mainpix

siannye kaki dia..:((
semoga tabah harungi hidup..
ja at betul pemandu tuh ..:mad:
 
takziah utk mangsa. semoga diberikan kekuatan utk teruskan hidup. bertuah dpt isteri yg blh bersama tika susah.
 
sedih aku tgk berita nih....dah la nak raya....kaki takdak wo0o0...
takziah utk beliau dgn isteri+family.....
 
takziah.. siannya... da la nk raya ni.. jauh2 kan dr family aku.. amin
 
Back
Top
Log in Register