BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raungan minta tolong dalam van remuk

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Anggota bomba mengalihkan sisa cermin sebelum memotong bahagian yang remuk untuk mengeluarkan mangsa tersepit.
< 1 / 2 >
CHENEH (KEMAMAN) – “Sebaik dengar letupan kuat, van itu berasap dan saya dengar raungan minta tolong dari dalam van yang remuk.”

Demikian kata Mohamad Haniff Hamzah, 45, yang merupakan saksi kejadian kemalangan melibatkan sebuah van dan sebuah lori yang berlaku di Kilometer 270.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dekat Cheneh, kira-kira jam 6.10 petang kelmarin.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas Toyota Hiace dinaiki dua lelaki yang berada di lorong kiri, cuba memotong lori yang berada di hadapan.

Bagaimanapun, ketika cuba memotong, terdapat sebuah kenderaan dalam keadaan laju di lorong kanan menyebabkan pemandu van terbabit masuk semula ke lorong kiri lalu merempuh belakang lori.

Selepas rempuhan itu, van terbabit terbabas ke sebelah kiri dan tersadai di bahu jalan dengan asap memenuhi bahagian hadapan van yang remuk kesan rempuhan kuat.

Menurut Mohamad Haniff, orang ramai yang kebetulan melalui lokasi kejadian ketika itu turut menghulurkan bantuan dengan mengeluarkan pemandu berusia lingkungan 40-an dari dalam van.

Bagaimanapun katanya, kelindan yang tersepit di celah van yang remuk itu tidak dapat dikeluarkan orang ramai.

Sementara itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh diketuai Komander Operasi, Abdul Razak Abdullah yang tiba di lokasi kejadian, mengambil masa setengah jam untuk keluarkan kelindan van yang tersepit.

Kerja mengeluarkan mangsa dilakukan lima anggota dengan dibantu dua anggota bomba bantuan hingga mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 7.13 malam.

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk luka di kepala, kemudian dikejarkan segera ke Hospital Kemaman dengan menaiki ambulans.

Bagaimanapun, pemandu lori jenis Hino berusia 42 tahun yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
den klu ikut blkg lori mmg x brani nk potong klu jln sempit..
nak2 lori tu panjang.. ikut jer bunt0t dia walopun panas hati...~X(
 
den klu ikut blkg lori mmg x brani nk potong klu jln sempit..
nak2 lori tu panjang.. ikut jer bunt0t dia walopun panas hati...~X(

ni jalan x sempit dah ni. h/way dah

mgkin sbb blind spot la ni. xnmpk kete kt tepi mase nk potong lori tu
 
jenis dah masuk baru nk tengok belakang, inilah makanannya. amalkan selalu, isyaallah pendek umur
 
ni jalan x sempit dah ni. h/way dah

mgkin sbb blind spot la ni. xnmpk kete kt tepi mase nk potong lori tu

oo highway.. kira kereta dr blkg la yg laju tu..
ingtkn msa nk potong nmpak kereta dr depan pas2 masuk blik..
 
oo highway.. kira kereta dr blkg la yg laju tu..
ingtkn msa nk potong nmpak kereta dr depan pas2 masuk blik..

Kemalangan dipercayai berlaku selepas Toyota Hiace dinaiki dua lelaki yang berada di lorong kiri, cuba memotong lori yang berada di hadapan.

Bagaimanapun, ketika cuba memotong, terdapat sebuah kenderaan dalam keadaan laju di lorong kanan menyebabkan pemandu van terbabit masuk semula ke lorong kiri lalu merempuh belakang lori.

Selepas rempuhan itu, van terbabit terbabas ke sebelah kiri dan tersadai di bahu jalan dengan asap memenuhi bahagian hadapan van yang remuk kesan rempuhan kuat.

:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
haha.. mcm perli den jah paste balik..

den bca 2x kot.. tp masih salah paham gak..
haishhh.. okok... skrg den paham dah..:">
 
haha.. mcm perli den jah paste balik..

den bca 2x kot.. tp masih salah paham gak..
haishhh.. okok... skrg den paham dah..:">

:((:(( ya ampun...tak de niat tuan...sje nk beri pencerahan..:((

:)cgrock:)cgrock:D:)cgrock:)cgrock
 
hahaa.. owhh ingtkn nk perli den.. :">:D

xmo la...t sok lusa org perli kita lak..baik kita tlg org...sok lusa org tlg kita lak...:)cgrock:)cgrock

p/s cewaahh...baik lak aku ni...:)):))
 
Back
Top
Log in Register