BTC USD 83,347.5 Gold USD 4,148.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ratu derhaka?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JAKARTA: Nekad untuk enggan berkomunikasi dengan kedua orang tuanya, Ratu Cantik Indonesia 2009, Qory Sandioriva, dilaporkan ‘memboikot’ semua panggilan telefon mereka.
Menurut ibunya, Fariawati, jika dia atau suaminya menghubungi Qory, gadis itu tidak akan menjawab panggilan berkenaan.


“Jarang diangkat telefonnya, jadi komunikasi di antara kami berkurangan,” katanya.


Menurut Fariawati, Qory memaklumkan kepada mereka bahawa dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri mereka.


Ketika ini, kata Fariawati, Qory tinggal di apartmennya.


Kali terakhir dia berhubung dengan Qory adalah ketika gadis kacukan Sunda dan Aceh itu berada di Las Vegas, Amerika Syarikat untuk menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe 2010. Qory, 19, adalah ratu cantik termuda dalam sejarah Indonesia dan kini mengikuti pengajian kesusasteraan Perancis di Universiti Indonesia.


Penyertaan Qory dalam pertandingan ratu cantik menimbulkan bantahan dan kontroversi kerana dia mewakili Aceh yang terkenal dengan pegangan agama yang kuat.


Fariawati berkata, kali terakhir Qory bercakap, dia berpesan kepada bapanya supaya tidak mencampuri urusan hidupnya lagi.


Namun, disebabkan bimbang terhadap keselamatan Qory, Fariawati membelanjakan ribuan ringgit cuba menghubungi anaknya.


Katanya, dia terpaksa membayar caj sehingga RM4,800 kerana berusaha selama tiga hari menghubungi Qory di Las Vegas.


“Malangnya dia memarahi saya dan melarang kami ke AS.

“Sejak pulang kami belum pernah bertemu dengannya,” katanya. - Agensi
 
kuang ajau pny budak ....

TT ada gambau dia tak?

tepek le kat sini
 
orang mana tu?? ORANG INDON jugak!!! INDON memang otak udang...:))
 
ratu tak cukup akal ..ni semua gara2 ikut nafsu ...org tua langsung tak dihormati ..huuuu indon mare memang tak sedar diuntung ..otak udang . sedar lah diri tu sikit ..
 
anak tak kenang budi..anak derhaka....neraka jahanam....lah tempat kau
 
muda masih bergetah lagi .. jadi sepah nanti baru tercari2 org tua ..
 
DASAR MALIN KUNDANG........maling jemuran.....
 
Back
Top
Log in Register