BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rate hantaran kahwin

fuiyyooo!!! ikut taraf pendidikan... neem skg ngah amek degree... cian ler bakal hubby yerk kalo hantaran ikut taraf pendidikan...
 
Rate hantaran kahwin ikut taraf pendidikan tak berapa tepat dengan nilai wang tu kerana pada saya, ia perlu dinilai base on kecantikan seseorang perempuan tu. Cantik luar dan dalam.

Apapun untuk bypass hantaran yg tinggi kenalah cari perempuan yg tidak ada ibu bapa a.k.a anak dara yatim piatu. Mereka tidak ada tempat bergantung melainkan kepada bakal suami tercinta sahaja.
 
hantaran tinggi mcm meniaga anak pulak.
 
hantaran kawin yg aku bagi kat bini aku 4bulan lepas adalah RM10,000, dan ada pulak melompat sorang abang dan sorang kakak dia, so kena la bagi lebih iaitu sebentuk cincin , kain pelekat,kain batik dan lain-lain..

memangla tinggi hantaran tu, semua kawan-kawan aku kagum dan ada yg mulut jahat kata bini aku cekik darah, korang pikir la baik-baik manusia ni Allah nilai dari segi agama,ilmu,iman,dan amal, bukan pasal darjat atau pendidikan. bini aku letak rm10,000 tu bukan untuk dia guna pun, untuk kegunaan kami sekeluarga jugak, belanja dapur,isi rumah dan lain-lain

dan aku percaya pasangan-pasangan lain pun macam tu, kecuali sesetengah tempat yg memang duit mas kawin dan hantaran dia sapu sorang-sorang (rasanya korang pun tau kawasan mana)

biasanya yg belum kawin dan taktau ape-ape ni je yg kata "hantaran kawin ikut degree ke diploma ke" , "makin tinggi education makin mahal la hantaran" .. ayat-ayat macam ni adalah ideologi zaman dulu.. jangan la kita ikut,

sebaiknya kita letakkan hantaran tu berdasarkan keadaan pasangan dan keperluan semasa
 
Kenapalah hendak mahal-mahal sangat? Yang penting kehidupan selepas tu. Kalau tengok bakal suami ada masa depan, bolehlah kurang-kurangkan harga. Tidak nanti melepas.
 
Back
Top
Log in Register