BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasuah RM150 punya pasal

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
150_cropped_1516680504.jpg

Anggota SPRM membawa keluar Ummaheswara selepas dijatuhi hukuman. FOTO - Zulkepli Osman


BEKAS penjaga stor warga Sri Lanka dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada anggota polis, Disember tahun lalu.

Tertuduh Ummaheswaran Umaprasanth,22, yang pernah bekerja di syarikat tekstil di ibu negara membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Tamil di depan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi suapan wang tunai berjumlah RM150 kepada anggota polis, Koperal Md Nor Azman Hujut yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sebagai dorongan tidak mengenakan tindakan ke atasnya kerana memandu van tanpa lesen memandu iaitu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dia yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Kompleks Mahkamah Bentong kira-kira jam 3 pagi, 22 Disember tahun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi.

Sementara itu, tertuduh dalam rayuannya meminta hukuman dikenakan yang akan dijatuhkan kepadanya diringankan kerana tidak memahami undang-undang di Malaysia serta sudah tidak bekerja lagi.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Kamariah Seman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.









sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/306337/rm150-punya-pasal




.
 
Dengar cerita anggota tertentu kerajaan ambil rasuah, kantoi abis kuat kena kaunseling + tindakan disiplin. Takdanya kena buang kerja / court... mcm ni jarang2 kena..

tu yg diorang ambil selamba jee..
 
tapi kira ok gak la..berpakaian kemas menghadiri sessi mahkamah..
tgk rakyat tempatan..lebih2 lagi geng tu.. selekeh je naik mahkamah..

mungkin dlm ati dia pn ada sikit bangga pengalaman naik mahkamah sini dan jd tumpuan lensa media..
 
Back
Top
Log in Register