BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Rasa dekat dengan ALLAH SWT'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Tiga saudara baharu yang diraikan selepas pulang mengerjakan umrah.
< 1 / 1 >
KOTA BHARU - Peluang mengerjakan umrah tajaan Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim baru-baru ini, pastinya memberikan nilai besar dalam meningkatkan syiar Islam buat tiga saudara baharu yang terpilih.

Ibadah umrah pada 26 Mei lalu memberikan pengalaman berharga buat Orang Asli suku Temiar, Bidi Ronggeng, 32, yang juga ketua kampung di Pos Hendrop; Alang Busu, 51, dari Pos Mendrop dan Angah Along, 55, dari Kampung Pelug Pos Tuel.

Bidi berkata, nikmat berada di Masjidil Haram amat besar sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, malah disifatkan pengalaman paling indah dalam hidupnya sejak bergelar mualaf.

“Kami berada di sana dua minggu dan dalam tempoh tersebut, saya sentiasa berzikir dan sering membaca surah pendek kerana tidak begitu mahir membaca al-Quran.

“Bila di sana, kita rasa dekat dengan ALLAH SWT, sentiasa bangun awal dan bersemangat melakukan ibadat,” katanya kepada media ketika ditemui selepas sambutan saudara baharu kembali dari umrah di Islamic Abim Outreach, Kok Lanas.

Tambahnya, ketika diberitahu terpilih untuk ke Mekah, dia dan dua rakan mualaf yang lain sangat teruja, dan sering mengikuti kelas awal sebagai persediaan.

Bidi yang memeluk Islam pada 1995 ketika berusia belasan tahun, mula terbuka hati mendalami Islam setelah tertarik dengan program anjuran Abim bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika itu.

“Setiap kali ada program, saya akan ikut sama dan sertai aktiviti. Sesi bacaan surah pendek amat menyeronokkan hingga menimbulkan niat untuk terus bersama Islam.

“Keluarga tidak menentang. Dahulu memang suku kaum kita tidak terbuka tetapi sekarang sudah berbeza, malah ada juga ahli keluarga lain memeluk Islam. Sehingga kini saya masih ke Balai Islam Lundang untuk menambah ilmu,” katanya.

Sementara itu, Alang berkata, hampir 20 tahun memeluk Islam, dia terharu kerana terpilih ke rumah ALLAH SWT.

“Kita pergi dua minggu rasa sekejap sahaja, berada di sana rasa dekat dengan ALLAH SWT, rasa mahu kembali ke sana semula, mungkin kembali dengan gelaran haji pula,” ujarnya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/rasa-dekat-dengan-allah-swt-1.288018
 
alhamdulillah,

mereka dah sampai kat sana.
 
Back
Top
Log in Register