BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RapidKL mungkiri piagam sendiri

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Bas tidak ikut jadual, tidak selesa, mengabaikan aspek keselamatan

ne_01.1.jpg

SEBUAH bas RapidKL di Kuala Lumpur semalam mengambil penumpang di tengah-tengah jalan yang sibuk dengan kenderaan ketika sebuah motosikal (dalam bulatan) memecut laju sehingga membahayakan nyawa penumpang.

KUALA LUMPUR - Selepas tujuh tahun beroperasi dan diberi kuasa mendominasi sistem pengangkutan awam di ibu kota, rupa-rupanya Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) ternyata masih gagal memenuhi janji-janji kepada pengguna.

Pada awal kehadiran RapidKL, ia ternyata lebih baik daripada sistem bas mini yang satu masa dahulu 'menguasai' jalan-jalan utama di ibu kota.

Namun, harapkan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Perkhidmatan bas terbabit ternyata masih banyak yang tidak kena. Ia tidak seperti piagam RapidKL sendiri yang menjanjikan masa yang menjimatkan, perjalanan selesa tambang yang berpatutan dan keselamatan.

ne_01.2.jpg


Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, Kempat-empat matlamat RapidKL yang mempunyai 750 buah bas dan beroperasi melalui 159 laluan itu masih jauh daripada sasaran.

Buktinya, masih lagi kedengaran pelbagai rungutan di kalangan 300,000 orang penumpang bas di Lembah Klang setiap hari yang tidak puas hati dengan perkhidmatan RapidKL.

Kosmo! dalam tinjauan di beberapa laluan utama perkhidmatan bas tersebut seperti di Perhentian Bas Klang, Pasar Seni, Jalan Pudu, Jalan Bangsar dan Taman Maluri di sini mendapati pengguna mahu RapidKL serius menyelesaikan masalah.

ne_01.3.jpg

BERSESAK-SESAK... Bas RapidKL mengambil penumpang melebihi had yang dibenarkan.

Antara masalahnya ialah bas RapidKL itu ternyata masih lewat dan tidak menepati jadual, kekerapan bas yang masih kurang di banyak laluan serta keadaan bas yang tidak selesa termasuk tanpa pendingin hawa.

Tidak cukup dengan itu, aspek keselamatan juga masih dipandang sebelah mata.

Masih kelihatan penumpang dibenarkan masuk ke dalam bas walaupun bas sudah padat macam tin sardin.

Tinjauan juga mendapati bukan semua bas RapidKL beroperasi mengikut jadual.

ne_01.4.jpg

BAS RapidKL berhenti di luar hentian dekat Jalan Pudu.

Ada antara bas milik syarikat itu sengaja menunggu lama di satu-satu hentian sehingga penumpang penuh sebelum bergerak menuju ke destinasinya.

Malah had kelajuan ketika bas berhenti satu-satu stesen juga tidak dipatuhi dan ada di kalangan pemandu bas seperti hendak 'berlumba-lumba' dengan kenderaan lain semata-mata mahu merebut tempat letak kenderaan.

Lebih buruk, apabila terdapat deretan teksi di sesuatu hentian, pemandu bas RapidKL sanggup berhenti di tengah jalan untuk mengambil penumpang tanpa mempedulikan pengguna jalan raya lain.

ne_01.5.jpg

BAS RapidKL berhenti menurunkan penumpang di tengah-tengah jalan berhampiran Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur semalam.

Meskipun pelbagai langkah penambahbaikan perkhidmatan sepanjang beroperasi dilancarkan termasuk sistem bas ekspres transit (BET) yang diperkenalkan semalam, namun masih ada yang tidak kena dengan perkhidmatan terbaru itu.

Wartawan Kosmo! yang menaiki bas RapidKL menggunakan salah satu laluan bas sistem BET dari Pasar Seni ke Kota Damansara - yang menggunakan laluan lebuh raya - mendapati bas itu masih gagal menepati masa.

Pada mulanya, sebaik sampai di terminal Pasar Seni, pemandu bas berkenaan menjerit: "Bas ekspres baru ke Kota Damansara, satu jam boleh sampai."

Wartawan Kosmo! menaiki bas RapidBET1 yang menuju ke Kota Damansara menerusi Penchala Link pukul 5.40 petang. Namun ia hanya mula bergerak tepat pukul 6 petang.

ne_01.6.jpg


Pada pukul 6.15 petang, bas berkenaan memasuki Penchala Link dan menjelaskan bayaran tol Penchala Link lima minit kemudian sebelum memecut laju.

Di pertengahan jalan, pemandu bas didapati menurunkan seorang penumpang warga Bangladesh yang dipercayai tinggal di kawasan pembinaan di Mutiara Damansara.

Sejurus berhenti di lampu trafik berhadapan pusat beli-belah The Curve, pemandu tiba-tiba membuka pintu bas dan membenarkan penumpang itu turun di tengah jalan yang sesak dengan kenderaan.

ne_01.7.jpg


Akhirnya apabila sampai ke destinasi terakhir di kawasan perumahan Flat Seksyen 8, Jalan Pekaka 8/1 di Kota Damansara, jam menunjukkan pukul 7.20 malam.

Ternyata sasaran sejam tidak berjaya dipenuhi oleh RapidKL melalui sistem BET yang baru diperkenalkan semalam.

Janji 60 minit, tetapi wartawan Kosmo! berada dalam bas selama 100 minit.
 
satu lagi..tambang dah macam bas biasa.baik naik bas biasa..kdg2 g murah dari rapid..econ pn kuat
 
naik kat kajang...rapid PATI..mcm dah pergi oversea..

sebab mcm2 kaum kat dunia ni ada..Burma, indon, bagla dan india..bau la yg paling best..
 
hangat2 taik b!@i ja pengangkutan awam kat malaysia ni...
tak berubah2,janji nak untung sudah
 
cuba la belajar ngan negara maju skit cmne nk uruskan pengangkutan awam neh..ni tau nk untung jer..
 
naik kat kajang...rapid PATI..mcm dah pergi oversea..

sebab mcm2 kaum kat dunia ni ada..Burma, indon, bagla dan india..bau la yg paling best..

tu aku stuju 100%...cm harem.....aku naik dr s.alam ke kl, bangla, indon ni lg ramai time naik bas, smpi aku rsa aku org asing dlm bas.....bau dia xyah nk ckp la.....rsa cm nk terajang diorg kuar dr bas.......patut kasi naik kete lembu je, bau pn cm lembu....:)):)):)):)):))
 
tu aku stuju 100%...cm harem.....aku naik dr s.alam ke kl, bangla, indon ni lg ramai time naik bas, smpi aku rsa aku org asing dlm bas.....bau dia xyah nk ckp la.....rsa cm nk terajang diorg kuar dr bas.......patut kasi naik kete lembu je, bau pn cm lembu....:)):)):)):)):))

btol..salah satu sbb nape aku x naik rapid dah lepas peristiwa balik kul 12 mlam ngn last bas..gara2 sume bas penuh ngn PATI..last bas tu wey..kua awl pg kul 6 pg balik kul 12 mlm..stgh hari hidup ku dlm bas :((..skrg smenjak pakai mto,aku x pandang dah sykt rangkaian percuma ni ..rela lagi basah lenjun dalam hjan :mad:
 
Back
Top
Log in Register