BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ranty Maria sering ditindih makhluk halus

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Ranty Maria sering ditindih makhluk halus

AKTRES cantik Indonesia, Ranty Maria berkongsi pengalaman seram apabila mendakwa kerap ditindih makhluk halus ketika sedang tidur.

Pelakon berusia 23 tahun itu dalam temu bual menerusi saluran YouTube SRAH Official memberitahu, dia akan mengalami peristiwa ditindih makhluk halus jika tertidur dalam keadaan belum mandi.

“Saya kerap ditindih oleh mahkluk halus ketika tidur. Apa yang saya perasan, saya akan mengalami gangguan itu jika tertidur dalam keadaan belum mandi.

“Saya juga akan melalui hal sama jika tertidur dalam keadaan terlalu letih. Saya berasa seperti ditindih ‘sesuatu’,” ujarnya.

Kata pelakon filem 4 Mantan itu lagi, setiap kali ditindih, dia berasa sukar untuk menggerakkan tubuhnya dan tidak boleh menjerit untuk meminta tolong.

“Saya hanya mampu menangis kerana tidak dapat menggerakkan tubuh dan sukar untuk menjerit meminta tolong.

“Ada waktunya, ketika ditindih saya tidak sendirian. Bahkan adik saya ada di sebelah sedang bermain telefon bimbit. Namun dia tidak sedar saya sedang bergelut untuk lepaskan diri,” katanya.

 
Normal la kne tindih, dia ingat dia duduk dkt muka bumi sesama manusia je ke ? Ada makluk lain hidup bersama..

Ikut sains (pasti menang) dinamakan sbgi Sleep Paralysis.. Badan penat sangat, dgn kau x mandi pulak tu.. Nmpk sgt letih..

scblog-sleepparalysis-960x635.jpg
 
Si ranty ni suke tido bilik gelap2 kot..

Dulu time bujang suke tido dlm bilik gelap2

Langsung x buke lampu...tingkap semua buka

Kene sokmo

X tahan...ubah...tutup tingkap & psg lampu kecik

X kene dah
 
Si ranty ni suke tido bilik gelap2 kot..

Dulu time bujang suke tido dlm bilik gelap2

Langsung x buke lampu...tingkap semua buka

Kene sokmo

X tahan...ubah...tutup tingkap & psg lampu kecik

X kene dah
Ikut berita di atas adik dia kat sebelah lepak main phone pun dia kena tindih gak
 
Ikut berita di atas adik dia kat sebelah lepak main phone pun dia kena tindih gak
Ye betul Salah 1 situasi yg dia kene

Kwn pun penah kene masa form 5

Study nk spm kt surau mlm2

Ramai masa tu kt surau

Tgh2 study mata ngantuk...tibe2 dlm mamai2 tu trnampak kelibat berpurdah kt pintu surau..

Zaaasssss terus kene tindih bhaii

Nak bergerak x boleh langsung...nmpk member kt sebelah je dok study tp x boleh buat ape2...suara pun x kuar..
 
Back
Top
Log in Register